THUJA OCCIDENTALIS

Thuja occidentalis atau arborvitae adalah pohon yang mempunyai ketinggian di antara dua puluh sehingga lima puluh kaki. Ia ditemui  di kawasan paya dan tebing berbatu yang sejuk. Kayunya tahan lama. Orang-orang Mesir meng-gunakan Thuja sebagai pengawet. Ia juga telah digunakan sebagai bahan ubat selama berabad-abad bagi merawat pelbagai penyakit termasuk demam berulang, batuk-batuk, skurvi, reumatisme, gout dan dropsi. Dedaun dan rantingnya direbus bersama sejenis lemak sebagai ubat bagi melegakan sakit-sakit otot.  

            Homeopati mengambil daun-daun dan rantingnya bagi menyedia­kan tinktur. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Hahnemann apabila beliau mengujibuktikannya pada tahun 1819. Tindakan utama Thuja ialah ke atas kulit dan organ genitourinari, menghasilkan keadaan yang bersesuaian dengan diskrasia sikosis Dr. Hahnemann.

            Oleh itu, Thuja merupa­kan remedi antisikotik yang utama. Ia digunakan dalam rawatan kes-kes sikotik dan sebarang aduan yang lahir daripada kutil ketuat sikotik yang dipendam ke dalam.

            Thuja juga bertindak ke atas saluran gastrousus, kedua ginjal dan otak. Ia sangat penting bagi kes-kes yang berhubungan. dengan peng­hasilan kondilomata, ekskresi ber-kutil, dengan tumor yang lembik. Thuja juga mempunyai tindakan antibakteria yang spesifik, seperti dalam gonorea dan vaksinasi. Gonorea yang tertekan, salpingitis. Ia boleh diberi bagi merawat kesan buruk akibat daripada vaksinasi. Baik untuk sakit sikotik yang mempunyai simptom rasa mengoyak-ngoyak dalam otot-otot dan sendi-sendi, melarat bila berehat, lega dalam cuaca kering, melarat dalam atmosfera lembap berlengas; kecapi­kan. Pesakit cepat letih dan kurus kering. Sakit sebelah kiri dan seram sejuk. 

Minda. Mempunyai idea yang tetap; seolah-olah orang asing berada di sebelahnya; seolah-olah roh dan jasadnya berpisah; seolah-olah ada benda hidup di dalam abdomen. [Croc.] Perasaan sensitif; bunyi muzik menyebabkannya menangis dan meng­geletar.

Kepala. Rasa sakit seolah-olah dicucuk dangan paku. [Coff.; Ign.] Sakit urat saraf selepas minum teh. [Selen.] Sakit kepala sebelah kiri. Kelemumur putih berkeruping; rambut kering dan gugur. Kulit muka berminyak.

Mata. Sakit otot urat mata, neuralgia siliari; radang iris. Kelopak mata melekat di sebelah malam; kering, berkeruping. Tembel (styes) dan tumbuh-tumbuh di kelopak mata (tarsal tumours). [Staph.] Radang akut dan separa akut di serabut mata (sclera). Serabut mata timbul bertompok dan keliha­tan merah kebiruan.  Besar, leper radang selaput dan kelopak mata (phlyctenules); indolen. Radang selaput luar biji mata (episcleritis) berulang-ulang.  Skleritis kronik.

Telinga. Otitis kronik; Discaj bernanah. Berderik bila menelan. Polip; tumbuh bintit dalam telinga.

Hidung. Selsema, katarah kronik; mukus tebal, hijau; berdarah dan menanah. Rasa sakit di gigi bila hidung menghembus. Ulser di dalam lubang hidung. Kekeringan di dalam rongga hidung. Rasa ditekan sakit pada pangkal.

Mulut. Hujung lidah sangat sakit. Lepuhan putih berhampiran pangkal lidah, teramat sakit. Gigi reput berdekatan dengan gusi; gusi menguncup.  Berbunyi bila meneguk minuman. Ranula; urat mengembung pada lidah dan mulut. Piorea alveolaris; radang bernanah di pangkal gigi.

Perut. Hilang nafsu makan. Bencikan daging baru dan ubi ken­tang. Sendawa tengik selepas memakan makanan berlemak. Sakit memotong di hulu hati, kawasan epigastrium. Tidak dapat memakan bawang. Kembung; sakit selepas makan; rasa hampa di hulu hati sebelum makan, haus. Salah cerna; dispepsia kerana minum teh.

Abdomen. Kembung; mengeras dalam abdomen. Cirit-birit kronik, melarat selepas sarapan pagi. Najis keluar bila meneran; bunyi seperti berkumuran. Tompok-tompok berwarna cok­lat. Kembung dan banyak gas; terbonjol di sana sini.  Menderam dan memulas. Sembelit, serta sakit rektum hebat, menyebabkan najis turun. [Sil.; Sanic.] Buasir membengkak; sakit melarat bila duduk, serta mencucuk, sakit membakar di dubur. Dubur rasa merekah; sakit bila disentuh, serta ada kutil. Ber­gerak-gerak seolah-olah ada benda hidup [Crocus], tanpa rasa sa­kit.

Urinari. Salur kencing uretra membengkak, merah. Pancutan terbelah dan halus.  Rasa menitik-nitik selepas kencing. Selepas itu, diikuti dengan sakit memotong-motong. [Sars.] Kerap kencing ketika sakit. Hendak kencing dengan tiba-tiba dan segera, tetapi tidak dapat dikawal. Lumpuh otot pundi-pundi kencing @ vesika sfink­ter.

Lelaki. Radang kulit kemaluan dan kelenjar; sakit di kemaluan. Balanitis. Sakit reumatisme gonorea. Gonorea. Buah zakar keras kronik. Terasa sakit dan membakar berdekatan dengan pangkal pundi kencing, serta rasa kerap hendak kencing dan seg­era. Kelenjar prostat membesar. [Ferr. pic.; Thiosinaminum; Iod.; Sabal.]

Perempuan. Liang faraj sangat sensitif. [Berb.; Kreos.; Lyssin.] Tumbuh kutil di luar kemaluan vulva dan di kerampang perineum. Keputihan: leukorea keluar dengan banyak; tebal, kehijauan. Sakit teruk di ovari kiri dan di kawasan inguinal kiri. Haid sedikit, terbantut. Berkutil: polip; benjolan berisi daging. Ovaritis: radang di rahim; melarat sebelah kiri, setiap kali datang haid. [Lach.]  Peluh melimpah sebelum datang haid.

Respiratori. Batuk keras, kering di tengahari, serta sakit di hulu hati. Mencucuk-cucuk di dalam dada; melarat minum air sejuk. Asma pada kanak-kanak. [Nat. sulph.]  Papiloma larings. Radang larings kronik.

Ekstremiti. Bila berjalan, anggota kaki rasa seolah-olah diper­buat daripada kayu atau gelas, dan mudah patah atau pecah. Hujung jari-jari bengkak, merah, tiada terasa. Otot-otot mereng­gut-renggut, lemah dan menggeletar. Berderik-derik di sendi. Sakit tumit dan tendon. Achilles. Kuku reput. Kuku ibu jari mencengkam.

Kulit. Tumbuh polip, tumbuh benjol-benjol (tubercles), kutil-kutil epitelio­ma, tanda di kulit kemerah-merahan (naeva), bisul raja (carbun­cles); ulser terutamanya di sekitar kebul-dubur. Berbintik-bintik seperti tahi lalat dan bintik coreng-coreng.  Perpeluhan manis, dan keras. Kulit kering, disertai tompok-tompok perang kecoklatan. Ruam-ruam kulit (zona); letusan herpes. Sakit mengoyak-ngoyak di kelenjar. Kelenjar membesar. Kuku rosak; rapuh dan lembut. Lepuhan hanya di bahagian yang tertut­up; melarat selepas digaru. Sangat sensitif dengan sentuhan.  Kesejukan di sebelah sahaja. Tumbuh-tumbuh di ulas tisu (sarco­ma); berpolip.  Berbintik-bintik perang di tangan dan lengan.

Tidur. Payah tidur. Insomnia berlanjutan.

Demam. Seram sejuk, bermula di paha. Berpeluh hanya di bahagian yang tidak ditutup, atau di semua bahagian kecuali kepala, bila tidur; melimpah, masam, bau seperti madu. Darah memuncak di sebe­lah petang, serta berdenyut-denyut dalam pembuluh darah.

Modaliti. Melarat sebelah malam, daripada panas tilam; pada jam 3 pagi dan 3 petang, daripada sejuk, udara lembap, selepas sara­pan; lemak, kopi; vaksinasi.  Lega sebelah kiri; sambil menarik satu-satu anggota.

Hubungan. Komplemen: Sabina; Ars.; Nat sulph.; Silica. Juga Medorrhinum, Merc. vivus.

Antidot: Merc.; Camph.; Cham., Cocc. Puls.; Sabin; Sulph.

Dos: Tinktur untuk rawatan setempat bagi kutil-kutil dan tumbuh-tumbuh. Secara internal, tinktur hingga potensi 30. Boleh juga guna potensi tinggi dengan berkesan seperti 200, 1M, 10M.

  

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre