VERATRUM VIRIDE

Veratrum viride, daripada keluarga Liliaceae, dikatakan mengandungi beberapa alkaloid yang kompleks. Persediaan secara kasar atau herba dalam perubatan digunakan kerana kemampuannya bertindak menerusi sistem saraf autonomik bagi mengurangkan tekanan darah. Tetapi pengambilan secara berlebihan boleh menekan tindakan jantung dan melemahkan pernafasan. Justeru, pokoknya dianggap toksik dan peng-gunaannya di dalam perubatan formal dihentikan.

            Tinktur homeopati dibuat daripada akar pokoknya yang baru. Dr. Boericke menyatakan bahawa penawar ini boleh mempengaruhi dan menurunkan tekanan darah sistolik dan diastolik. Ia berguna bagi keadaan sesak, payah bernafas yang disertai loya dan muntah. Antara simptom-simptom lain yang boleh diperhatikan ialah merenggut-renggut dan konvulsi, reumatisme jantung, demam dan kemerosotan tenaga.

            Menurut Dr. T. F. Allen, pesakitnya mungkin merasa suatu kemelaratan bila mula bangkit di waktu pagi, tengahari dan petang. Tetapi dia merasa lega dengan kopi pekat panas. Boleh digunakan untuk asfiksia.

Minda. Suka bertengkar dan meracau. Menendang-nendang dan menjerit-jerit.

Kepala. Terlalu sesak hampir-hampir berapopleksi; merah muka kerana marah-marah. Kepala panas, kedua mata merah. Bengkak, biru kehitaman. Muka hipokrit. Kepala menguncup, anak mata terbeliak, pandangan dua. Meningitis. Sakit daripada tengkuk; tidak boleh mendongakkan kepala. Pengsan kerana kena panas matahari; kepala penuh, pembuluh darah berdenyut menetak-netak. [Bell., Glon, Usnea.] Muka merah. Merenggut-renggut konvulsif otot-otot permukaan. [Agari-cus.] Vertigo serta loya.

Lidah. Putih atau kuning, serta berjalur merah pada tengahnya. Rasa panas melecur. Air liur semakin banyak.

Perut. Haus. Loya dan muntah-muntah. Walau sedikitpun makanan atau minuman ditelan segera ditolak keluar. Sakit mencerut; bertambah sakit bila meminum minuman panas. Tersedu; kuat dan menyakitkan, serta spasma pada esofagus. Panas membakar di dalam perut dan esofagus.

 Abdomen. Sakit di bahagian atas pelvis, serta pedih bersangatan.

Respiratori. Paru-paru sesak. Payah bernafas. Perasaan seperti satu beban yang berat di atas dada. Pneumonia, serta rasa hampa dalam perut dan sesak teruk. Krup.

Urin. Sedikit serta berkeladak keruh.

Perempuan.  Os (bukaan serviks) keras. [Bell.; Gels.] Demam nifas. Haid tertekan, serta sesaknya membawa ke kepala. [Bell.]  Kolik haid sebelum timbul discaj serta sakit keluarnya.

Jantung. Nadi perlahan, lembut, lemah, tidak teratur, intermiten. Nadi cepat, tekanan rendah. [Tabac.; Dig.] Sakit membakar, dungu, berterusan di sekawasan jantung. Sakit berkaitan dengan injap. Nadi memukul-mukul di seluruh tubuh, terutama di bahagian paha kanan.

Ekstremiti. Sakit menyiksakan di bahagian belakang leher dan kedua bahu. Sakit teruk pada sendi-sendi dan otot-otot. Kejutan ganas seperti kena elektrik dalam bahagian anggota kaki tangan. Merenggut-renggut konvulsif. Reumatisme akut. Demam.

 Kulit. Erisipelas, serta simptom-simptom serebrum. Eritema. Gatal-gatal di pelbagai bahagian. Berpeluh panas.

Demam. Suhu badan yang terlalu tinggi (hipertermi) di sebelah petang dan sangat kurang (hipotermi) di sebelah pagi. Jangkitan demam serta suhu badan yang mempunyai variasi yang besar.

Hubungan. Bandingkan: Gels.; Bapt.; Bell.; Acon.; Ferr. phos.

Antidot: Nux vomica., kopi pekat yang panas.

Dos. Potensi pertama hingga ke 6, 30.

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre