YOHIMBINUM

Merupakan satu penawar yang boleh merangsang organ seks dan bertindak ke atas sistem saraf pusat dan pernafasan. Ia digunakan dalam dos fisiologi dan dianggap sebagai agen yang boleh merangsang keseronokan seksual. Tetapi ia tidak sesuai diambil dalam kes keradangan organ abdomen baik jenis akut maupun kronik.

            Di dalam homeopati, ia wajar digunakan untuk masalah kongestif organ seks. Ia boleh menyebabkan hyperemia kelenjar susu dan menggalakkan fungsi perembesan susu ibu. Berguna untuk pendarahan yang terlalu banyak semasa haid. Menoragia.

Kepala. Terganggu, serta dengan rasa panas melayang-layang dalam muka. Pengecapan rasa seperti logam, tidak digemari. Banyak keluar liur. Loya dan terjeluak.

Seksual. Ereksi kuat dan berpanjangan. Mati pucuk dengan gejala psikologi dan fizikal..Jenis neurastenia. Buasir berdarah. Hemoraj intestin. Radang salur uretra.

Demam. Serangan menggigil secara mendadak; panas kuat, seram sejuk dan panas bergelombang, cenderung berpeluh.

Tidur. Tidak dapat tidur. Ia terjaga tidak dapat tidur apabila teringat kejadian yang lepas dalam hidupnya.

Dos.  Sebagai stimulan seks, guna 10 titik daripada sediaan satu peratus. Dos homeopati boleh diambil dalam potensi 3.

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre