MALAYSIA HOMEOPATHY CYBER LIBRARY DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.drhatta.com - consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

BUKU-BUKU HOMEOPATI DI HARI KONFERENS HOMEOPATHY (ICHOM)

oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

23 July 2011

Satu kesempatan yang saya ambil sewaktu menghadiri 1st International Conference on Homeopathy pada hari minggu yang lalu ialah berkunjung ke gerai-gerai, khususnya gerai (booth) MPHM. Jika di kaunter pendaftaranpun, sudah ada yang bertanya kalau-kalau saya ada membawa buku-buku yang diterbitkan, di gerai MPHMpun ada juga kenalan yang bertanya berkaitan perkara yang sama.

Oleh kerana di gerai persatuan nampak agak lengang dan kosong melainkan pamflet dan monitor yang tidak terpasang (pada waktu itu), ada sahabat yang mengesyorkan saya meletakkan buku-buku tulisan saya di kaunter itu. Berikutan ada di antara jawatankuasa kerja yang menawarkan saya mempamerkan dan menjual buku-buku, saya bersetuju membawanya pada keesokan hari dengan janji memberi komisen kepada MPHM.

Dalam tempoh tidak sampai 5 minit selepas buku-buku saya dipamerkan pada sebelah pagi hari ke dua (16 Jun 2011), peserta yang berjalan masuk ingin menuju bilik konferens sudah mulai datang meninjau, membelek-belek dan mengerumuni kaunter MPHM. Ramai yang bertanya kalau-kalau buku-buku yang terpamer itu hendak dijual.

         

Jelas sekali pada hari itu kaunter MPHM cukup sibuk sama ada ketika saya berada di situ maupun ketika para sahabat pengamal homeopati menunggu di situ. Memang pelanggan membeli seperti pisang panas, terutama ketika perjalanan konferens berhenti rehat.

Keadaan ini menunjukkan pasaran buku-buku homeopati memang ada, ramai lagi yang masih memerlukan bahan bacaan dalam bahasa Melayu, buku-buku homeopati dalam bahasa Melayu amat kurang di pasaran dan/ataupun hasil keluaran persatuan atau penerbit tertentu belum meluas.

   
         

Justeru karya-karya terbitan HBI dipasarkan hanya menerusi on-line dan diletakkan di kedai-kedai pembekal ubat-ubat dan barangan homeopati, ini turut menyebabkan buku-buku yang diterbitkan sepuluh tahun lalupun masih mendapat permintaan yang tinggi.

Oleh kerana itu, saya bagi pihak HBI merakamkan jutaan terima kasih kepada MPHM khususnya para sahabat jawatankuasa yang memberi izin kami menumpang booth MPHM. Bahkan justeru buku-buku yang dibawa dalam jumlah yang kecil itu kehabisan, banyak pesanan yang kami terima agar membawa tambahan lagi pada hari esoknya.

Apabila kami membawa buku-buku pada hari esok, malang sekali jualan tidak dapat dilakukan. Lumrah dunia selalunya ialah tidak semua orang berpandangan positif dan mempunyai budi bicara dalam menangani situasi. Demikian juga, tidak ramai yang memikirkan tentang pentingnya kita mempromosi amalan dan ilmu perubatan ini di luar batas sempadan.

Pandangan negatif, sifat iri hati dan buruk sangka menghalang daripada ilmu yang terakam di dalam buku-buku yang telah kami terbitkan itu sampai kepada masyarakat yang lebih ramai, khususnya di masa konvension seperti hari tersebut.
Inilah antara kelemahan dalam kalangan sebahagian ahli dan persatuan kita.

Ia adalah seperti satu anggota badan yang mendapat jangkitan dan jangkitan itu mempengaruhi segala fungsi badan yang lain. Semua mendapat sakit demam hanya justeru satu anggota kecil yang mendapat idapan. Kenapa ini berlaku? Jawaban kita, tentulah kerana vital force yang mendiami itu lemah. Jika kita tidak memperkuatkan vital force ini, idapan itu pasti membarah dan persatuan kita boleh berkecai.

Untuk pengetahuan semua, misi HBI Health & Homeopathy Centre ketika ditubuhkan ialah mengeluarkan buku homeopati sebuah dalam setahun. Itupun jika hasil karyanya ada dan cukup kewangannya. Oleh kerana ingin menjayakan misi unggul ini, kami menerbitkan juga buku-buku homeopati meskipun kami belum mendapat pulangan modal atau pulangan kos percetakan daripada buku yang diterbitkan sebelumnya.

Kami melakukan ini semata-mata demi mempromosi dan melebarkan pengetahuan pengamal, peminat dan masyarakat mengenai homeopati dan amalannya.

Disebabkan hasrat bagi menampung kos yang tinggi inilah, kami mengusahakan pengeluaran produk farmaseutikal seperti Active IQ, Hi-Fos dan Homeo-ABC. Ia dihantar kepada pengedar kami selepas simptom berkaitan dikenalpasti. Jika diperlukan, penawar lain yang lebih seraksi dipreskripsi.

Hasil daripada penjualan produk-produk sampingan inilah, maka kami dapat meneruskan misi murni mengembangkan ilmu perubatan homeopati sama ada melalui penerbitan buku-buku maupun menghidangkan berita-berita dan bahan-bahan ilmiah homeopati melalui virtual.

Sekali lagi kami tegaskan bahawa selain daripada penerbitan buku-buku, kehadiran www.homeolibrary.com dan www.drhatta.com adalah justeru adanya sokongan yang dinyatakan di atas.

Akhir sekali, bagi mereka yang tidak sempat membeli buku-buku yang dijual semasa 1st International Conference on Homeopathy pada 16 Julai 2011, mereka boleh memesan terus ke talian 013-980 2991 atau emel kepada drhatta3.yahoo.com. Kami akan memberikan potongan 10% dan penghantaran percuma.

Sekian.

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 23 Julai 2011