Kembali

HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

Malaysia Homeopathy Cyber Library

Promoting homeopathy all Malaysia over and virtually.

 

 

 

Kod Etika Perubatan Islam

Kedua

“Di antara hamba yang menyembah-Nya, para ulama'lah yang paling takut kepadanya.” [Faatir, 28]

 

o Untuk pengetahuan pengamal dan awam Islam 

 

Perwatakan Pengamal Perubatan

WATAK SEORANG DOKTOR

* Seseorang doktor mestilah terdiri dari kalangan orang yang percayakan Tuhan, menunaikan hak-hak-Nya, menyedari keagungan-Nya, mentaati perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, dan mematuhi-Nya di dalam persembunyian atau khalayak ramai.

* Seseorang doktor mestilah mempunyai sikap yang bijaksana dan boleh menjadi penasihat yang menarik. Ia hendaklah menjadi penggalak, tidak pelemah semangat, berwajah sentiasa tersenyum dan tidak masam, penyayang dan tidak membenci, serta penyabar. Ia tidak mungkin tunduk kepada perasaan dengki atau kurang rasa belas kasihan. Ia mestilah menjadi alat kepada keadilan Tuhan, cinta kepada kemaafan dan bukan hukuman, perlindungan dan bukan pendedahan.

* Ia mestilah menjadi seorang yang tenang dan tidak gopoh walau pun ketika ia benar .. jujur di dalam percakapannya walaupun bila bergurau .. lembut suaranya dan tidak bising atau kasar, bersih serta kemas dan tidak selekeh atau kusut-masai .. boleh dipercayai dan didorongi supaya dihormati .. bersikap sopan di dalam urusannya dengan yang kaya atau miskin, rendah atau tinggi kedudukannya .. dapat mengawal ketenangan hatinya dengan baik .. dan tidak mungkin dia berkompromi kemuliaannya, tetapi lembut toleran dan penyabar (forebearing).

* Seorang doktor mestilah sedar dengan sepenuhnya bahawa nyawa adalah kepunyaan Allah .. ia sekadar dikurniakan oleh-Nya .. dan mati adalah kesudahan hayat seseorang dan permulaan satu penghidupan yang baru. Kematian adalah satu kebenaran yang teguh .. dan adalah kesudahan bagi semua kecuali Allah s.w.t. Di dalam profesionnya seorang doktor berjuang untuk menyelamatkan dan mempertahankan nyawa sahaja sebaik mungkin, seberapa yang terdaya olehnya.

* Seorang doktor mestilah mempamerkan contoh yang baik seperti menjaga kesihatannya sendiri. Adalah tidak wajar baginya jika segala peraturan yang dianjurkannya tidak dituruti oleh dirinya sendiri. Ia tidak sepatutnya membelakangkan diri terhadap pengajaran dari kemajuan ilmu perubatan, kerana ia tidak boleh mempengaruhi pesakitnya kecuali dia sendiri menunjukkan bukti yang meyakinkan .. Allah menerangkan di dalam al-Quran “dan jangan kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”. Rasulullah s.a.w bersabda “badan kamu mempunyai hak ke atas diri kamu” .. dan pepatah ada menyebut “no harm or harming in Islam”.

* Seorang doktor sentiasa jujur bila berkata, menulis atau memberi keterangan. Ia hendaklah tidak terpengaruh oleh kepercayaan ugama, tamak haloba, persahabatan atau tekanan pemerintah supaya membuat kenyataan atau memberi keterangan palsu. Memberi keterangan adalah satu tugas yang sangat besar dan serius di dalam Islam. Rasulullah s.a.w pernah bertanya kepada para sahabat “mahukah aku beritahu kamu apakah dosa yang paling besar ?” Apabila mereka berkata "ya", baginda bersabda “mensyirikkan Allah, tidak memenuhi tanggungjawab terhadap ibubapa ..” dan selepas berhenti sejenak baginda berulang-ulang bersabda “dan sesungguhnya memberi ucapan bohong atau keterangan palsu”.

* Seorang doktor mestilah mempunyai satu tahap pengetahuan ilmu hukum, ibadat dan asas ilmu Fiqah untuk membolehkannya memberi nasihat kepada pesakit yang memerlukan panduan mengenai kesihatan dan keadaan tubuh badan untuk dikaitkan dengan amalan ibadat. Manusia boleh terdedah kepada gejala penyakit atau keadaan fisiologi seperti hamil, dan perlu mengetahui hukum berkaitan dengan sembahyang, puasa, menunaikan haji, merancang keluarga dan lain-lain..

* Walaupun “larangan boleh diketepikan bila perlu”, seorang doktor Muslim hendaklah mengelak dari menggunakan ubat-ubatan atau cara terapi (pembedahan, perubatan am atau terapi perangai) yang diharamkan oleh Islam.

* Peranan seorang doktor ialah penggerak (mangkin) kepada kehendak Allah, Pencipta, supaya nyawa dan kesihatan dipelihara. Ia hanyalah bertindak sebagai alat Tuhan di dalam meringankan penyakit manusia. Oleh itu seorang doktor hendaklah bersyukur dan sentiasa memohon pertolongan daripada Allah. Ia hendaklah sentiasa merendah diri, bebas dari keangkuhan dan kemegahan dan tidak bercakap besar atau mengagong-agongkan diri sendiri melalui percakapan, penulisan atau pengiklanan secara langsung atau tersembunyi. (seperti keterangan Hahnemann dalam notanya mengenai para 1 Organon of Medicine)

* Seorang doktor hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan semasa kemajuan sains dan pembaharuan. Kecergasan atau kemalasannya dan pengetahuan atau kejahilannya, secara langsung memberi kesan ke atas kesihatan dan kesejahteraan pesakitnya. Tanggungjawab ke atas orang lain menghadkan kebebasannya menggunakan masa. Sepertimana orang miskin dan yang memerlukan mempunyai hak yang diiktiraf keatas orang yang berada, begitu juga pesakit mempunyai hak ke atas sebahagian daripada masa seorang doktor untuk diluangkan dibilik bacaan dan mengikuti perkembangan ilmu perubatan.

* Seorang doktor juga perlu mengetahui bahawa mendalami ilmu di dalam Islam mempunyai dua tujuan. Selain daripada kegunaan dari aspek terapeutik, mendalami ilmu itu sendiri ialah suatu ibadat, seperti yang ditunjukkan di dalam al-Quran: “dan berdoa dengan berkata .. Wahai Tuhan ku .. tambahilah ilmuku”. dan: “Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu” .. dan: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat”.

 


Sumber: http://fiqhmedic.wordpress.com/kod-etika-perubatan-islam/ (Kredit kepada website Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia, http://www.papisma.org/), dengan sedikit editing.

Virtually published © Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH) 2011

@ HBI Health & Homoeopathy Centre 2011