Kembali

HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

Malaysia Homeopathy Cyber Library

Promoting homeopathy all Malaysia over and virtually.

 

 

 

Kod Etika Perubatan Islam

Keempat

“Di antara hamba yang menyembah-Nya, para ulama'lah yang paling takut kepadanya.” [Faatir, 28]

 

o Untuk pengetahuan pengamal dan awam Islam 

 

PERHUBUNGAN DOKTOR-PESAKIT.

* Segala tindakan yang diambil oleh doktor adalah demi kepentingan pesakit dan bukan sebaliknya. Kesihatan adalah matlamat akhir, dan rawatan perubatan hanyalah kaedah atau caranya sahaja .. “pesakit” adalah tuan dan “doktor” sentiasa bersedia untuk memberikan khidmatnya. Rasulullah s.a.w bersabda “Yang kuat hendaklah mengikut langkah yang lemah, kerana yang lemah itulah dijadikan panduan untuk menentukan kadar langkah perjalanan. Peraturan, penjadualan, jadual waktu dan perkhidmatan hendaklah disusun untuk disesuaikan dengan pesakit demi untuk kebajikan dan keselesaannya dan hendaklah diutamakan. Seterusnya barulah keutamaan lain diambil kira.

* Status keutamaan terpenting diberikan kepada pesakit kerana selagi ianya seorang pesakit .. tidak kira siapa orang itu atau apakah jawatannya, seorang pesakit itu tertakluk kepada penyakitnya dan bukan status sosial, kuasa atau perhubungan peribadinya. Cara seorang doktor menguruskan pesakitnya yang ramai menggambarkan secara tepat kejujurannya.

* Bidang kebajikan, kesaksamaan, toleransi dan kesabaran seseorang doktor hendaklah cukup luas untuk merangkumi waris, kawan dan orang-orang yang mengambil berat tentang seseorang pesakit .. tetapi tanpa mengenepikan apa yang telah ditentukan oleh “kerahsian profesional”.

* Kesihatan adalah satu keperluan asas manusia dan bukanlah satu kemewahan. Seterusnya profesion perubatan adalah lain dari yang lain kerana seseorang pesakit tidak akan dinafikan perkhidmatan perubatan walau pun jika ia tidak mampu membayar yuran yang diperlukan. Badan penggubal undang-undang perubatan patut memastikan perkhidmatan perubatan diberikan kepada semua yang memerlukan dengan melulus dan melaksanakan undang-undang dan peraturan yang perlu.

* Di dalam perkhidmatan persendirian, yuran yang dikenakan oleh seseorang doktor adalah haknya yang sah .. dan pendapatannya adalah sah .. dan hanya dikawal oleh perasaan hatinya sendiri, dengan menyedari bahawa Allah itu sentiasa melihat.

* Jika atas sebab-sebab terdesak atau kecemasan, seorang pesakit yang miskin dirawat oleh seorang doktor, adalah menjadi tanggungjawab beliau supaya bertimbang rasa dan murah hati, dan mengelakkan daripada mengenakan apa-apa yuran yang boleh menambahkan lagi beban pesakit itu. Memberi sesuatu kepada (pesakit) yang miskin samalah seperti memberikan kepada Allah kerana zakat itu bukan hanya dituntut dari harta benda tetapi juga ke atas ilmu dan kemahiran. Profesion perubatan pada asasnya ialah tugas untuk membantu manusia di dalam kesusahan dan bukan mengeksploit pesakitnya.

* Sungguh pun seorang doktor berhak mencari pendapatan yang halal dan hidup dengan selesa, beliau hendaklah sentiasa menghormati piawai profesionalnya yang tinggi dan menegakkannya sebaik mungkin. Dia tidak harus melibatkan diri dengan aktiviti propaganda, menerima komisen atau memotong pendapatan, ataupun sebarang perbuatan salah yang sepertinya.

 


Sumber: Dipetik daripada, http://fiqhmedic.wordpress.com/kod-etika-perubatan-islam/ (Kredit kepada website Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia, http://www.papisma.org/), dengan sedikit editing.

Virtually published © Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH) 2011

@ HBI Health & Homoeopathy Centre 2011