Kembali

HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

Malaysia Homeopathy Cyber Library

Promoting homeopathy all Malaysia over and virtually.

 

 

 

Kod Etika Perubatan Islam

Kedua Belas

“Di antara hamba yang menyembah-Nya, para ulama'lah yang paling takut kepadanya.” [Faatir, 28]

 

o Untuk pengetahuan pengamal dan awam Islam 

 

Ikrar Doktor

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Saya bersumpah demi Allah Yang Agung.

Bahawa saya akan mengingati Allah di dalam menjalankan tugas saya.

Bahawa saya akan melindungi nyawa manusia di semua peringkat dan di dalam semua keadaan, melakukan dengan seberapa daya saya untuk menyelamatkannya dari maut, penyakit, kesakitan dan kegelisahan.

Bahawa saya akan menjaga kehormatan semua orang, melindungi perkara-perkara peribadi dan mengunci rahsia mereka.

Bahawa saya akan sepanjang masa memperhambakan diri kepada belas kasihan Allah, memberikan khidmat perubatan saya kepada yang dekat dan yang jauh, yang baik dan yang berdosa serta kawan dan lawan. Bahawa saya akan berusaha di dalam mengejar pengetahuan dan menggunakannya untuk manafaat dan bukan untuk merosakkan manusia.

Bahawa saya akan menghormati guru saya, mengajar doktor di bawah saya dan menjadi saudara kepada pengamal perubatan lain dan bekerjasama di dalam semangat ketaqwaan dan kebajikan.

Bahawa saya akan menghidupkan keimanan saya semasa berseorangan atau dikhalayak ramai, mengelakkan perkara yang boleh mencemarkan saya pada pandangan Allah, RasulNya dan orang beriman yang lain. Semoga Allah menjadi saksi kepada ikrar ini.

 


Sumber: Dipetik daripada, http://fiqhmedic.wordpress.com/kod-etika-perubatan-islam/ (Kredit kepada website Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia, http://www.papisma.org/)

Virtually published © Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH) 2011

@ HBI Health & Homoeopathy Centre 2011