Kembali

HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

Malaysia Homeopathy Cyber Library

Promoting homeopathy Malaysia all over and virtually.

 

 

 

Kod Etika Perubatan Islam

Kelapan

“Di antara hamba yang menyembah-Nya, para ulama'lah yang paling takut kepadanya.” [Faatir, 28]

 

o Untuk pengetahuan pengamal dan awam Islam 

 

KEMURNIAN NYAWA MANUSIA

* “Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu Kami tetapkan atas Bani Isra’il, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau kerana melakukan kerosakan dimuka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.” 5-32 (Al- Maaidah).

 

* Nyawa manusia adalah suci .. dan tidak boleh diambil dengan sengaja kecuali apabila dibenarkan oleh syariat Islam. Semua kebenaran tersebut adalah diluar bidang perubatan.

* Seorang doktor tidak boleh mengambil nyawa walau di atas alasan belas kasihan. Perbuatan ini diharamkan kerana ianya bukan alasan yang dibenarkan untuk membunuh. Panduan tepat didalam hal ini telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w: “Pada suatu masa dulu ada seorang tua yang tidak boleh bersabar lagi dengan derita penyakitnya lalu telah menghiris pergelangan tangannya. Pendarahan berlaku sehingga membawa maut. Allah telah marah dan berkata “umatku telah menyegerakan ajalnya … aku haramkan kepadanya syurgaku”. “Membunuh kerana belas kasihan – seperti membunuh diri – tidak boleh diterima kecuali oleh pemikiran yang tidak mempercayai hari kesudahan. Jika ini satu pemikiran yang bijak, adalah munasabah bagi hampir kesemua manusia membunuh diri untuk melepaskan diri dari kesusahan hidup … kerana jarang kedapatan kehidupan tanpa kesusahan atau penderitaan. Dakwaan supaya pembunuhan boleh dilakukan ke atas pesakit yang tidak mempunyai harapan untuk hidup lagi yang menderita kesakitan juga disangkal. Ini ialah kerana tiada kesakitan yang tidak boleh dilegakan dengan ubat-ubatan yang ada atau pembedahan neurosurgeri yang munasabah. Satu lagi kategori ialah pembunuhan untuk melegakan penderitaan yang disebabkan oleh kecacatan. Jika pendapat ini boleh diterima, seterusnya akan ada dakwaan supaya orang-orang tua dan yang tidak berguna lagi kepada masyarakat dibunuh sebagai langkah membenteras pertambahan penduduk keperingkat yang tidak dapat ditampung oleh hasil bumi yang ada”.

* Kesucian nyawa manusia meliputi kesemua peringkat termasuk embrio dan janin semasa di dalam rahim lagi. Maklumat ini hendaklah diambil kira oleh seseorang doktor. Pengecualian hanyalah dibenarkan didalam keadaan terdesak (alasan perubatan) dan dibenarkan oleh Hukum Syarak. “Hal ini sangatlah bersesuaian dengan sains perubatan moden yang akhir-akhir ini telah memperkenalkan satu bidang kepakaran yang dikenali sebagai Perubatan Janin (Foetus Medicine)… untuk mendiagnosis dan merawat penyakit janin (didalam rahim), dan mereka uri tiruan untuk menyelamatkan janin yang digugurkan yang tidak boleh hidup sendirian. Polisi moden yang membenarkan penguguran tidak diterima oleh Islam, yang memberikan hak-hak tertentu kepada janin. Di- dalam Islam pengguguran melibatkan wang tebusan. Janin mempunyai hak ke atas harta pusaka dan jika semasa digugurkan ia hidup dan mati selepas itu harta yang diwarisi hendaklah dibahagikan kepada warisnya yang berhak. Jika seorang perempuan yang hamil dijatuhi hukuman mati kerana kesalahan jenayah, pelaksanaan hukuman tersebut hendaklah ditangguhkan sehingga perempuan itu melahirkan dan menyusui anaknya… walau pun jika anak itu anak diluar nikah. Dengan itu hak asas bagi janin untuk hidup adalah jelas”

* Didalam tugasnya menyelamatkan nyawa, seseorang doktor adalah dinasihati supaya menyedari had sempadannya dan tidak melanggar had itu. Jika dari segi sains satu-satu nyawa itu sudah pasti tidak dapat diselamatkan lagi, adalah sia-sia untuk dengan beraninya mengekalkan kehidupan vegetatif dengan cara penggiatan, atau memeliharanya dengan pembekuan atau cara tiruan yang lain. Tugas doktor ialah untuk mengekalkan proses kehidupan dan bukan proses kematian. Walau bagaimanapun doktor tidak boleh mengambil langkah yang positif untuk mengakhiri hayat seseorang pesakit.

* Pengisytiharan kematian seseorang adalah satu tanggung-jawab yang penting yang diberikan kepada seseorang doktor. Beliau hendaklah menyedari betapa seriusnya keputusannya itu dan membuatnya dengan penuh ikhlas dan keyakinan. Jika terdapat sebarang keraguan ia hendaklah menghilangkannya dengan perundingan atau dengan menggunakan peralatan sains yang moden.

* Bagi pesakit yang sudah tidak boleh sembuh lagi, doktor hendaklah dengan sebaik mungkin dengan memberi penjagaan yang baik, sokongan moral dan menghilangkan kesakitan dan penderitaan semasa hayatnaya.

* Doktor hendaklah mempersetujui permintaan pesakit untuk mengetahui tentang penyakitnya. Walau bagaimanapun cara menjawabnya hendaklah disesuaikan dengan pesakit itu sendiri. Adalah menjadi tugas doktor itu untuk mengkaji ketepatan psikologi pesakitnya itu. Ia tidak sepatutnya ketandusan perbendaharaan kata jika keadaan memerlukannya mengelakkan penggunaan istilah yang menakutkan atau penciptaan perkataan, ungkapan atau penerangan yang baru.

* Di dalam semua keadaan, seorang doktor hendaklah berupaya menyokong kepercayaan pesakitnya dan memberikannya kesejahteraan dan ketenangan fikiran.

 


Sumber: Dipetik daripada, http://fiqhmedic.wordpress.com/kod-etika-perubatan-islam/ (Kredit kepada website Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia, http://www.papisma.org/)

Virtually published © Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH) 2011

@ HBI Health & Homoeopathy Centre 2011