Kembali

HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

Malaysia Homeopathy Cyber Library

Promoting homeopathy all Malaysia over and virtually.

 

 

 

Kod Etika Perubatan Islam

Kelima

“Di antara hamba yang menyembah-Nya, para ulama'lah yang paling takut kepadanya.” [Faatir, 28]

 

o Untuk pengetahuan pengamal dan awam Islam 

 

KERAHSIAAN PROFESIONAL

Orang-orang yang beriman diperintahkan menyimpan rahsia orang lain … lebih-lebih lagi jika orang itu seorang doktor. Justeru, orang (pesakit) akan memberitahu rahsia dan meluahkan perasaan kepada doktor mereka dengan rela hati, yakin dengan kerahsiaan profesional yang dipegang oleh profesion perubatan. Dan ini berlaku semenjak zaman awal lagi.

Rasulullah s.a.w bersabda bahawa tiga ciri orang munafik ialah: “Bila dia bercakap dia bohong, bila dia berjanji dia mungkir dan bila disuruh pegang amanah dia khianati”.

Seorang doktor hendaklah merahsiakan seketatnya segala maklumat yang diperolehinya melalui penglihatan, pendengaran atau secara kesimpulan. Semangat keIslaman juga memerlukan butir-butir yang mana di dalam undang-undang patut menekankan hak pesakit untuk melindungi rahsia mereka yang telah diluahkan kepada doktor.

Pengkhianatan ke atas amanah ini akan menjejaskan imej amalan perubatan, selain dari menjauhkan kumpulan tertentu daripada mendapatkan bantuan rawatan perubatan.

 


Sumber: Dipetik daripada, http://fiqhmedic.wordpress.com/kod-etika-perubatan-islam/ (Kredit kepada website Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia, http://www.papisma.org/)

Virtually published © Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH) 2011

@ HBI Health & Homoeopathy Centre 2011