
RINGKASAN RAWATAN TERAPEUTIK
BIOKIMIA & HOMEOPATI
*** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
BATUK (COUGHS)
Batuk (tussis) ialah suatu bentuk
hembusan keras dan melaluinya zarah-zarah perengsa dalam salur udara
dapat disingkirkan.. Kerana itu, cara terbaik merawat batuk ialah
dengan membuang apa yang merangsang batuk, dan bukannya menekannya
dengan mengambil ubat-ubatan pelega.
Sebenarnya batuk membantu kita
mengeluarkan lendir atau habuk yang disedut daripada paru-paru, tiub
bronchial atau salur udara. Kejadian batuk mungkin disebabkan oleh
infeksi, ataupun kerana menyedut asap rokok, habuk dan seumpamanya.
Bagi batuk yang melebih tiga minggu atau disertai suhu yang tinggi,
sakit dada atau terdapat darah dalam kahak, elok jumpa doktor atau
pakar.
Homeopati Kalau batuk akut atau jenis kering, kuat dan
disebabkan terdedah kepada angin sejuk dan bimbang atau takut, boleh
diberikan Aconitum napellus.
Batuk jenis kering semasa tidur yang melarat bila marah,
Chamomilla 30. Batuk yang
ditamatkan dengan bersin, Senega 30.
Batuk yang mengeluarkan kahak bertali atau sukar dilepaskan,
Kali bich. Kalau terasa habuk
dalam kerongkong, cuba Chelidonium.
Garam
Tisu Biokimia Bagi batuk jenis kering serta demam,
Ferrum phos. Batuk yang disertai
kahak putih, tebal, Kali mur.
Semenrata batuk yang melarat tengah malam dan mengeluarkan kahak warna
kuning, berikan Kali sulph.
Magnesium phos pula elok diberi
bagi batuk jenis spasmodic dan menyakitkan. Kalau batuk berdetar,
longgar dengan lendir cair, maka mungkin
Calcarea sulph boleh diberi berselang dengan
Ferrum phos.
 |