-

Kembali ke Tingkap Indeks

RINGKASAN RAWATAN TERAPEUTIK BIOKIMIA & HOMEOPATI

  *** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

CIRIT BIRIT (DIARRHOEA)

 

Cirit-birit atau diarea merujuk kepada pembuangan air besar yang terlalu kerap, termasuk juga perkumuhan feses yang terlalu lembut atau cair. Dalam kebanyakan kes, ia berlaku selepas memakan makanan tertentu atau kerana jangkitan usus. Tetapi ia boleh juga diakibatkan oleh  faktor lain seperti keresahan dan psikologi.

Cirit-birit teruk mungkin mengakibatkan kehilangan cecair, garam-garam dan nutrien dalam feses yang berlebihan. Kehilangan cecair yang menyebabkan dehidrasi mungkin ada hubungan dengan penyakit berjangkit yang serius serta berisiko tinggi.

 

Naturopati Pengamal naturopati menganggap diarea merupakan reaksi semulajadi tubuh terhadap bahan-bahan tertentu yang tidak sesuai dan tidak harus ditangani dengan mengambil ubat supresan dalam tempoh 36 jam.. Bagaimanapun pesakit harus mengelakkan dari kehilangan cecair dengan membanyakkan minum air.

Mangsa disarankan supaya tidak mengambil makanan dalam tempoh 24 jam, tetapi digalakkan mengambil air mineral atau dua sudu jus epal setiap 15 minit. Bila simptom berkurangan, mereka disaran memakan nasi air, jus sayur atau sup.

 

Homeopati  Umumnya penawar Arsenicum alb diberi bagi kes diarea, khususnya apabila pesakit kelihatan pucat dan disebabkan keracunan makanan. Jika diarea disebabkan oleh memakan ikan, Carbo veg. Bagi diarea yang teruk serta pesakit mengeluarkan peluh sejuk, Veratrum alb. Sebaliknya bagi sesetengah pesakit yang mengalami cirit-birit akibat stress dan bimbang, mereka boleh guna penawar Argentum nit.

 

Aromaterapi  Dua minyak pati aromaterapi iaitu peppermint dan cypress dengan cara menitiskan di atas gula batu dikatakan berkesan bagi melegakan diarea. Jika tidak, sediakan the dengan menitiskan setitis peppermint, cypress dan sandalwood atau camomile supaya diminum pesakit setiap dua atau tiga jam sehingga lega.

 
 

 

Kandungan: Rawatan Terapeutik Homeopati.

<Sumbangan konsultan HBI>

Untuk dapatkan Kuliah Terapeutik sepenuhnya, sila hubungi HBI Health & Homoeopathy Centre.

 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre @ drhatta 2011.

 

<BGSOUND src="Alleycats_-_Seribu_Bintang.mp3">