-

Kembali ke Tingkap Indeks

RINGKASAN RAWATAN TERAPEUTIK BIOKIMIA & HOMEOPATI

  *** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

DISENTERI (DYSENTERY)

 

Ini ialah jangkitan trek usus yang menyebabkan cirit-cirit yang teruk diiringi darah dan mukus. Terdapat dua jenis disenteri dalam rekod perubatan. Yang paling biasa ialah yang disebabkan oleh bakteria (bacterial dysentery), dan satu lagi ialah yang disebabkan oleh sejenis protozoa yang dikenali sebagai amoebic dysentery. Bagaimanapun dalam kedua kes, penyakit itu disebarkan oleh penjagaan kesihatan yang lemah, makanan yang mengandungi jangkitan dan air tercemar.

Simptom-simptom disenteri termasuk demam, kerap buang air besar (> 10 kali sehari), sakit perut memulas, banyak angin dan muntah-muntah. Semua pengamal menyarankan kepentingan menjaga kesihatan secara sempurna dan supaya pesakit selalu membasuh tangan selepas menggunakan tandas.

 

Homeopati  Kiranya pesakit mengalami cirit-birit teruk, muntah-muntah dan pucat serta letih, berikan Arsenicum album. Disenteri amoeba yang disertai loya dan lidah bersih, Ipecac 30. Thuja 200 boleh diberi berselang dengan Ipecac sebanyak 1 dos. Disentery yang mengandungi darah serta tenesmus, Mercurius corrosives 6 atau 30.

 

Garam Tisu Biokimia  Pesakit boleh guna kombinasi biokimia yang dikeluarkan oleh mana-mana pengilang.

 

Naturopati  Menyarankan pesakit supaya meminum banyak air bagi menggantikan cecair yang hilang. Susu dan jus sayur yang kaya dengan mineral dan garam adalah digalakkan. Pesakit juga disyorkan supaya tidak mengambil makanan yang pejal. Nasi air disaran.

 

 

 
 

 

Kandungan: Rawatan Terapeutik Homeopati.

<Sumbangan konsultan HBI>

Untuk dapatkan Kuliah Terapeutik sepenuhnya, sila hubungi HBI Health & Homoeopathy Centre.

 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre @ drhatta 2011.

 

<BGSOUND src="Alleycats_-_Seribu_Bintang.mp3">