-

Kembali ke Tingkap Indeks

RINGKASAN RAWATAN TERAPEUTIK BIOKIMIA & HOMEOPATI

  *** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

EKZEMA (ECZEMA)

 

Dalam kes ekzema, selain mengalami keradangan pesakit biasanya mengadu sentiasa gatal. Ada yang mengadu terdapat lepuhan yang berair yang kemudiannya kering dan membentuk keruping. Sebahagian kanak-kanak mendapat ekzema ini sewaktu kecil dan hilang sendiri apabila remaja atau dewasa. Namun ada juga yang mengalaminya di usia yang agak lewat. Suri rumah biasa mengalaminya akibat alergi kepada bahan tertentu seperti sabun atau makanan.

Bentuk eczema yang biasa dikenali ada dua. Pertama contact eczema, yang merupakan reaksi kepada bahan tertentu seperti bahan cuci, kasut getah, dsbnya. Dan satu lagi ialah atopic eczema,yang umumnya menjangkiti mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami asma atau demam jeram. Jenis yang kedua ini, simptom ekzema selalunya mengambil masa bulan atau tahun untuk berkembang dan timbul. Sedang yang pertama tadi boleh timbul dalam tempoh beberapa minit saja.

Bagi doktor konvensional, ini merupakan penyakit yang sukar dirawat, kerapkali diberikan krim atau dalam kes tertentu diberikan antibiotik. Biasanya, ia dirujuk kepada dermatologis. Justeru selalunya pesakit akan cenderung kepada rawatan alternatif, berikut diperturun beberapa saranan:

 

Homeopati  Rawatan secara individu lebih berkesan dan mesti pastikan perawat itu benar-benar pakar dalam pemilihan remedi, terutama dalam kes yang telah mendapat rawatan alopati. Petroleum disarankan bagi erupsi yang gatal di tengah malam dan mengeluarkan discaj cair. Biasanya untuk ekzema yang menunjukkan letusan mengeluarkan cecair seperti madu dan melekat, boleh dipreskripsi dengan penawar Graphites. Jika gatal-gatal melarat dengan panas dan keinginan kuat untuk menggaru, itu mungkin petanda bagi Sulphur. Dengan beberapa dos penawar potensi 6 atau 30, kita boleh melihat kesan yang baik. Bagi sesetengah keadaan, mungkin berlaku kemelaratan buat beberapa ketika sebelum ia menuju ke arah pemulihan.

 

Remedi Bunga Bach  Mimulus boleh diberi untuk membantu mengurangkan masalah terlalu sensitif apabila mereka tidak selesa dengan keadaan kulit yang dialami, Impatiens juga boleh digunakan. Untuk mengurangkan masalah eczema, pesakit juga boleh menyapu krim Rescue remedy bagi mendapatkan kelegaan. Untuk mereka yang merasa malu dengan idapan ekzema itu, sesuai disarankan penawar Crab apple.

 

Aromaterapi  Minyak pati yang disaran ialah fennel, German camimile, geranium sandalwood, hyssop, juniper dan lavender. Jika sakit eckema itu kering, gunalah minyak calendula sebagai pembawa kepda minyak pati.

 

Naturopati  Pengamalnya percaya penyebab utama ekzema ialah alergi. Mereka menyarankan supaya mengambil lebih buah-buah dan sayur-sayuran mentah segar yang dibasuh menggunakan air mineral. Patut juga mengamalkan minum teh herba dan air buah segar. Pesakit harus mengelakkan diri dari sebarang tindakan pengamalan diet untuk menjaga badan.

 

 

 
 

 

Kandungan: Rawatan Terapeutik Homeopati.

<Sumbangan konsultan HBI>

Untuk dapatkan Kuliah Terapeutik sepenuhnya, sila hubungi HBI Health & Homoeopathy Centre.

 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre @ drhatta 2011.

 

<BGSOUND src="Alleycats_-_Seribu_Bintang.mp3">