-

Kembali ke Tingkap Indeks

RINGKASAN RAWATAN TERAPEUTIK BIOKIMIA & HOMEOPATI

  *** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

EMFISEMA (emphysema)

 

Emfisema berhubung dengan masalah udara dalam tisu. Perokok dan mereka yang tinggal di kawasan yang banyak pencemaran berkecenderungan tinggi mendapat masalah ini. Emfisema pulmonari (pulmonary emphysema) merujuk kepada keadaan alveoli paru-paru yang mengembang dan rosak hingga mengurangkan luas permukaan untuk pertukaran oksigen dan karbon dioksida. Emfisema surgeri (surgical emphysema) pula berlaku apabila udara keluar ke tisu sekeliling melalui luka atau insisi pembedahan akibat kebocoran dalam paru-paru dan esophagus.

Simptom utama mereka yang mengalami emfisema ialah kesukaran bernafas dan kebiruan pada kedua bibir. Keadaan sesak nafas menjadi bertambah buruk sekiranya didapati terdapat jangkitan. Adalah dilaporkan juga bahawa pesakit asma dan bronkitis kronik berisiko tinggi mendapat emfisema.

 

Homeopati  Rawatan homeopati pada peringkat awal secara konstitusi dapat membantu. Di peringkat kronik, simptom-simptom tertentu, apabila jelas menunjukkan kepada penawarnya, preskripsi boleh memberi kelegaan. Penawar Arsenicum, contohnya, berguna bagi pesakit yang mula rasa sesak, muka pucat, letih, dan keadaannya melarat di tengah malam. Dalam keadaan emfisema di mana pesakit mengalami dispnea yang teruk, batuk, dan banyak kahak, sesuai dengan Antimonium ars.

.

Naturopati  Mengikut pengamal naturopati, pesakit yang dikesan dari awal dapat dibantu menerusi pengambilan vitamin dan mineral secara konsisten. Vitamin A akan membantu menguatkan tisu paru-paru dan pengambilan vitamin E pula dapat mengurangkan masalah pernafasan. Untuk mengurangkan masalah penghasilan mukus, pesakit juga disarankan supaya mengelakkan dari memakan hasil tenusu seperti keju, mentega dan susu.

 

Aromaterapi  Beberapa minyak pati aromaterapi seperti basil, cajeput, eucalyptus, hyssop dan thyme dikatakan boleh digunakan bagi membantu mengurangkan masalah pernafasan. Jumpa pengamalnya bagi mendapatkan panduan pengambilan bahan-bahan itu.

 

 
 

 

Kandungan: Rawatan Terapeutik Homeopati.

<Sumbangan konsultan HBI>

Untuk dapatkan Kuliah Terapeutik sepenuhnya, sila hubungi HBI Health & Homoeopathy Centre.

 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre @ drhatta 2011.

 

<BGSOUND src="Alleycats_-_Seribu_Bintang.mp3">