-

Kembali ke Tingkap Indeks

RINGKASAN RAWATAN TERAPEUTIK BIOKIMIA & HOMEOPATI

  *** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

KATARAH (Catarrh)

 

Homeopati  Natrum mur 6 disarankan bagi katarah jenis cair, dan menyebabkan pesakit kerap bersin. Kiranya discaj kuning atau putih dan bertali, berikan Kali bich. Kalau terasa ia kerap tersedut ke belakang hidung dan menghalang kedua telinga, berikan Hydrastis. Graphites sesuai untuk katarah yang disertai sembelit, iritasi kulit sekitar hidung dan seram sejuk. Pulsatilla boleh juga diberikan jika ada selsema dan lendir tebal putih kekuningan. Euphrasia diberikan bagi selsema beserta mata berair dan hingus mengalir laju. Bagi setiap kes berikan dua pil penawar berpotensi 6c setiap dua jam sebanyak enam kali, dan kemudian tiga kali sehari.

 

Naturopati  Disarankan supaya memakan makanan bernutrien termasuk banyakkan mengamil buah-buahan segar, salad, sayur-sayuran, ikan, kekacang, madu dan cereal  yang banyak bijirin. Banyakkan minum jus dan air mineral. Bawang putih juga membantu.

Amalkan senaman berjadual dan pastikan mendapat tidur yang cukup. Hendaklah mengelakkan diri dari mengambil makanan yang merangsang pengeluaran mucus seperti susu dan hasil keluaran tenusu, daging, telur, lemak binatang dan perasa makanan.

 

 
 

 

Kandungan: Rawatan Terapeutik Homeopati.

<Sumbangan konsultan HBI>

Untuk dapatkan Kuliah Terapeutik sepenuhnya, sila hubungi HBI Health & Homoeopathy Centre.

 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre @ drhatta 2011.

 

<BGSOUND src="Alleycats_-_Seribu_Bintang.mp3">