-

Kembali ke Tingkap Indeks

RINGKASAN RAWATAN TERAPEUTIK BIOKIMIA & HOMEOPATI

  *** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

KEPUH SEJUK (COLD SORES)

 

Merujuk kepada lepuhan kecil yang biasanya timbul pada bibir mulut. Mungkin disebabkan oleh virus herpes simplex. Virus ini mungkin juga menyerang bahagian muka, kemaluan dan sebarang kawasan kulit yang lain.

 

Homeopati  Rhus tox sesuai bila letusannya kecil, berisi air, rasa gatal, mulut kering dan rasa haus. Natrum mur, diberi kalau tak rasa dahaga.

 

Naturopati  Keperluan tambahan yang dipercayai membantu tubuh melawan virus termasuk vitamin A, B3, B-complex dan vitamin C. Sesetengah pengamal mengesyorkan juga vitamin tambahan seperti B6, B12 dan E, asid folik, asid pantotenik, kalsium, magnesium dan selenium. Ada juga saranan supaya campuran jus lemon dan air disapu pada bibir untuk menggalakkan kesembuhan.

Sementara bagi mengelakkan serangan di masa depan, pemakanan seimbang diambil dengan mengurangkan gula dan makanan berperisa, serta tambahkan makanan berfiber ke dalam diet. Dalam hal ini, buah-buahan, sayur-sayuran, madu, susu dan yoghurt adalah disaran.

 

 

 
 

 

Kandungan: Rawatan Terapeutik Biokimia & Homeopati.

<Sumbangan konsultan HBI>

Untuk dapatkan Kuliah Terapeutik sepenuhnya, sila hubungi HBI Health & Homoeopathy Centre.

 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre @ drhatta 2011.

 

<BGSOUND src="Alleycats_-_Seribu_Bintang.mp3">