-

Kembali ke Tingkap Indeks

RINGKASAN RAWATAN TERAPEUTIK BIOKIMIA & HOMEOPATI

  *** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

KOLIK (COLIC)

 

Merujuk kepada sakit perut memulas yang biasanya menyerang kanak-kanak. Bayi biasanya menangis kuat kalau diserang kolik, selalunya disebabkan oleh susu tertentu yang diberikan. Bayi yang menerima susu ibu jarang mendapat kolik, melainkan ibunya ada minum susu yang kurang sesuai dengan banyak. Selain itu, kanak-kanak yang sedang membesar mungkin mendapat serangan kolik akibat takut terhadap sesuatu, seperti menghadapi peperiksaan. Ada juga yang disebabkan oleh masalah angin atau keracunan.

 

Homeopati  Beberapa penawar yang sesuai di beri termasuk Carbo veg kiranya angin berada di kawasan atas pusat, Arsenicum alb untuk kembung di seluruh kawasan atau kerana keracunan, Cocculus, China dan sebagainya. Bayi yang menghadapi masalah akibat susu tertentu mungkin sesuai dengan Aethusa 6.

 

Garam Tisu Biokimia  Antara penawar yang kerap digunakan ialah Magnesium phos, Natrum phos dan Calcarea phos. Kolik memulas biasanya boleh dilegakan dengan diberikan Magnesium phos 6x yang diambil bersama air suam.

 

Naturopati  Jalan yang baik dikatakan dapat dicapai dengan menjaga pemakanan. Digalakkan pesakit kurang mengambil susu dan makanan hasil tenusu seperti mentega dan keju. Digalakkan pula mengambil sayur-sayuran bermasak atau sup sayur.

 
 

 

Kandungan: Rawatan Terapeutik Homeopati.

<Sumbangan konsultan HBI>

Untuk dapatkan Kuliah Terapeutik sepenuhnya, sila hubungi HBI Health & Homoeopathy Centre.

 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre @ drhatta 2011.

 

<BGSOUND src="Alleycats_-_Seribu_Bintang.mp3">