-

Kembali ke Tingkap Indeks

RINGKASAN RAWATAN TERAPEUTIK BIOKIMIA & HOMEOPATI

  *** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

PENGSAN (FAINTING)

 

Pitam atau pengsan ialah hilang kesedaran akibat aliran darah yang membekalkan oksigen ke otak tidak mencukupi buat sementara. Dalam lingkungan pengamal perubatan ia dikenali dengan nama sinkop (syncope). Antara beberapa sebab terjadinya keadaan ini ialah kerana kecederaan atau mengalami pendarahan yang banyak.

Berdiri terlalu lama juga boleh menyebabkan pitam sebab darah banyak berkisar di sekitar anggota kaki sedang sirkulasi darah ke otak perlahan. Hal yang sama berlaku bagi sesetengah orang, khususnya orang tua,  yang bergerak bangun terlalu cepat kerana salur darah tidak sempat menyesuaikan dengan kedudukan yang baru dan darah belum cukup campai ke otak.

 

Homeopati  Bagi pitam kerana terlalu takut, diberikan Aconitum nap. Kiranya pitam disebabkan sejuk atau keletihan dengan muka pucat, Arsenicum alb. Kalau disebabkan kurang udara dan pesakit perlu dikipas, Carbo veg. Disebabkan tidak cukup tidur atau menaiki kenderaan, Cocculus ind. Kalau emosinya terganggu, terkejut dan kecewa lalu pitam, berikan Ignatia.

 

Garam Tisu Biokimia  Antara penawarnya ialah Kali.Phos dan Magnesium phos potensi 6x. Penawar ini diberikan apabila disahkan simptom atau sebab pengsan.

 

Remedi Bunga Bach  Beberapa titik Rescue remedy boleh dititiskan ke atas lidah atau diberi bersama air suam. Ini dilakukan apabila pesakit mula sedar dan boleh membuka mulut. Jangan memberikan sesuatu yang pejal ke dalam mulut kerana dibimbangi akan tersedak.

 

 
 

 

Kandungan: Rawatan Terapeutik Homeopati.

<Sumbangan konsultan HBI>

Untuk dapatkan Kuliah Terapeutik sepenuhnya, sila hubungi HBI Health & Homoeopathy Centre.

 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre @ drhatta 2011.

 

<BGSOUND src="Alleycats_-_Seribu_Bintang.mp3">