-

Kembali ke Tingkap Indeks

 

RINGKASAN RAWATAN TERAPEUTIK BIOKIMIA & HOMEOPATI

  *** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

SELSEMA (COLDS)

 

Selsema biasanya berlaku bersama batuk-batuk dan bersin. Ia disebabkan oleh infeksi virus dan mudah berjangkit terutama di kawasan tertutup. Ini adalah disebabkan mukus dari hidung dan kahak pesakit mengandungi virus. Melalui keadaan batuk-batuk dan bersin itu mudahlah jangkitan berlaku.

 

Homeopati Di peringkat awal, Aconitum napellus boleh membantu menghentikan selsema dan simptom bersin yang baru bermula. Kalau demam, Ferrum phos 6 juga boleh diberikan. Arsenicum berguna bila bersin kuat beserta discaj cair yang menyebabkan kulit melecet, atau bila pesakitnya rasa seram sejuk dan dahaga. Kali iodatum disarankan untuk selsema yang disebabkan oleh terdedah kepada keadaan lembab, kedua mata terasa perit dan berair, banyak kali bersin dan hidungnya merah serta pedih. Bila selsema selsema berterusan, beberapa penawar lain boleh dicuba. Umpamanya, Sambucus nigra, Teucrium marum verum, dan Wyethia mungkin dipreskripsi bagi melegakan laryngitis dan katarah kronik.

 

Naturopati  Nasihat pakar naturopati ialah supaya mengelakkan dari mengambil semua makanan yang cenderung membantu membentuk mucus seperti hasil ternakan, telur, kanji dan gula. Kalau selsema melarat menjadi panas hendak demam, disarankan supaya berpuasa atau memakan buah-buahan dan sayur-sayuran selama dua atau tiga hari bertujuan mengurangkan katarah.

 
 

 

Kandungan: Rawatan Terapeutik Homeopati.

<Sumbangan konsultan HBI>

Untuk dapatkan Kuliah Terapeutik sepenuhnya, sila hubungi HBI Health & Homoeopathy Centre.

 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre @ drhatta 2011.

 

<BGSOUND src="Alleycats_-_Seribu_Bintang.mp3">