-

Kembali ke Tingkap Indeks

 

RINGKASAN RAWATAN TERAPEUTIK BIOKIMIA & HOMEOPATI

  *** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

SEMBELIT (CONSTIPATION)

 

Berlaku bila pesakit tidak dapat mengosongkan usus mengikut jadual, dan kalau keluarpun, ianya kecil dan keras. Di sini perkumuhan feses adalah sukar atau sakit.

 

Naturopati  Rawatan yang paling baik ialah dengan menambahkan fiber dalam diet dengan memperbanyakkan makan sayur-sayuran dan makanan yang kaya serat seperti buah limau dan prun. Pesakit selalu disaran mengambil kacang pea, kekacang, beras ceruh (brown rice), roti bijian asli (wholemeal bread), sayur mentah dan  banyakkan minum air.

 

Homeopati  Alumina disaran bila tidak terdapat sebarang pergerakan usus untuk mendorong pelepasan tinja dan rectum kering. Nux vomica diberikan kalau bila terasa hendak buang air besar tetapi najis enggan keluar. Plumbum met baik bagi sembelit yang lama beserta sakit perut. Sementara itu, bila rasa tersempal, pergerakan tinja sukar dan buasir, mungkin sesuai dengan Collinsia Canadensis. Rujuk penawar lain bila maslah sembelit serius bersama dengan masalah buasir.

 

Garam Tisu Biokimia  Natrum mur, Calcarea fluor dan Silicea mungkin diberikan berasaskan kesesuaian. Silicea 6x kerap diberi dalam kes najis sukar dikeluarkan seolah-olah rektum tidak cukup kuat bagi mengeluarkan.

 
 

 

Kandungan: Rawatan Terapeutik Homeopati.

<Sumbangan konsultan HBI>

Untuk dapatkan Kuliah Terapeutik sepenuhnya, sila hubungi HBI Health & Homoeopathy Centre.

 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre @ drhatta 2011.

 

<BGSOUND src="Alleycats_-_Seribu_Bintang.mp3">