-

Kembali ke Tingkap Indeks

RINGKASAN RAWATAN TERAPEUTIK BIOKIMIA & HOMEOPATI

  *** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

SISTITIS (CYSTITIS)

 

Sistitis ialah inflamasi pundi kencing, yang dicirikan dengan sakit rasa membakar ketika kencing, pedih, berulang-ulang ke tandas walaupun mungkin hanya mengeluarkan beberapa titis air kencing, sakit dalam abdomen dan belakang.

Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria dari anus yang melalui saluran urinary. Penyakit ini dengan simptomnya popular di kalangan kaum wanita. Selain itu, alergi makanan, memar ketika berjimak, dan seriawan vagina juga boleh menyebabkan inflamasi.  Simptom-simptom yang dialami mungkin sederhana saja, tetapi adakalanya teruk walaupun kadang-kadang simptom itu hilang untuk beberapa jam. Kaum lelaki amat jarang mengahadpi masalah ini kerana bakteria itu berada jauh dari saluran kencing.

 

Homeopati  Cantharis adalah penawar yang kerap digunakan terutama untuk merawat sakit sistitis yang ada simptom membakar ketika hendak buang air. Aconite 6 diberi jika simptom itu baru mula dan kerana terdedah kepada angin yang sejuk, kering. Staphysagria boleh diberi untuk sistitis yang disebabkan memar atau cedera. Kalau sakit itu hanya dirasa selepas kencing keluar, cuba Sarsaparilla. Jika keradangan itu disebabkan seram sejuk akibat terdedah kepada cuaca sejuk dan basah, berikan Dulcamara. Semua boleh diberi dalam potensi 6 atau 30.

 

Garam Tisu Biokimia  Peringkat awal dengan simptom kencing kerap dan rasa membakar boleh berikan Ferrum phos. Kali phos bagi sakit rasa dipotong dan melecet. Magn phos diberi bila rasa hendak kencing begitu kerap tapi tak keluar.

 

Refleksologi  Urut di kawasan refleks yang berhubungan dengan pundi kencing serta kawasan buah pinggang, ureter, kelenjar adrenal dan kelenjar pituitari. Di kalangan lelaki picit juga daerah kelenjar prostat.

 

Aromaterapi  Disarankan buat teh menggunakan juniper dan eucalyptus, dan diminum tiga atau empat kali sehari. Beberapa minyak aroma lain juga boleh digunakan seperti benzoin, bergamot, black pepper, cajuput, fennel, lavender dan sandalwood.

 

 

 
 

 

Kandungan: Rawatan Terapeutik Homeopati.

<Sumbangan konsultan HBI>

Untuk dapatkan Kuliah Terapeutik sepenuhnya, sila hubungi HBI Health & Homoeopathy Centre.

 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre @ drhatta 2011.

 

<BGSOUND src="Alleycats_-_Seribu_Bintang.mp3">