Koleksi Dr.Burhanuddin al-Helmy diabadikan.HBI 

 

 

Khazanah

KHAZANAH ILMU DR. BURHANUDDIN

 

 

 

alhelmy

PENGENALAN KEPADA HOMEOPATI

 

JENIS PENYAKIT

 

Di dalam perubatan homeopati, penyakit diklasifikasikan kepada dua kumpulan utama.  Dalam hal ini, Dr. Burhanuddin menyebut:

 

    “Bahagian besar jenis orang sakit dibahagikan kepada kepada dua: (i) Penyakit akut (acute) (ii) Penyakit kronik (chronic).”

 

    “Orang yang sakit akut walaupun keras sakitnya tetapi duduknya atau letaknya tidaklah mendalam berakar dan melarat berpanjangan seperti penyakit kronik. …..walaupun ada kalanya cemas tetapi tidaklah sepayah dan sesukar mengubati dan menyembuhkan sakit kronik kerana penyakit akut biasanya bolehlah diibaratkan putaran spring jam, bila habis kunci springnya ia akan berhenti dengan sendiri, tetapi kencang dan kerasnya penyakit itu maka penyakit akut itulah yang banyak mengorbankan manusia.”

 

    “Sakit akut boleh jadi tidak kronik tetapi penyakit kronik itu boleh jadi akut dan boleh tetap dengan kroniknya.”

 

    “Penyakit-penyakit kronik itu berasal daripada miasm dan yang telah ternyata ada tiga: (i) Psora, (ii) Sycosis, (iii) Syphilis.  ….Penyakit-penyakit kronik itu adalah timbul dari salah satu yang tersebut atau cawangan-cawangan dari salah satu miasm itu dan boleh jadi  percampuran di antara dua atau lebih jenis miasm.”

 

[Falsafah Perubatan Homeopati]

 

 TOP

 

 

 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre

 

 

 

 

  Virtual copyright Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2011