Koleksi Dr.Burhanuddin al-Helmy diabadikan.HBI 

 

 

Khazanah

KHAZANAH ILMU DR. BURHANUDDIN

 

 

 

alhelmy

PENGENALAN KEPADA HOMEOPATI

 

MATERIA MEDICA

 

Materia medica ialah daripada perkataan Latin bererti benda-benda ubat. Telah menjadi istilah kepada ahli perubatan memakai perkataan materia medica itu bermakna benar-benar ubat dan khasiat-khasiatnya, lebih jelas lagi materia medica itu ialah pustaka atau kitab menerang dan menghuraikan khasiat-khasiat segala khazanah benda-benda perubatan yang dipakai, diketahui dan dikenal di sisi ahli-ahli perubatan.”

 

    Jelas Dr. Burhanuddin lagi:

 

    “ Perbezaan yang besar di antara materia medica  lain-lain perubatan dengan homeopathy ialah materia medica mereka itu menggunakan khasiat dan ubat yang mereka cubakan kepada binatang-binatang, manusia sakit dan sihat. Manakala materia medica homeopathy semata-mata yang dicubakan kepada manusia yang sihat. Khasiat sesuatu benda perubatan itu didapati daripada orang yang sihat afiat yang telah sakit disebabkan khasiat ubat itu. Percubaan itu dinamakan proving”.

 

    “Apa jua khasiat yang nyata timbul daripada cubaan pada diri, otak, budi dan jiwa seseorang yang sihat itu, maka itulah kenyataan dan gambaran khasiat ubat yang di rakam di dalam kitab materia medica itu. Beginilah dari mulanya dicuba dan diperbuat oleh Hahnemann untuk mengarang Materia Medica Pura yang termasyhur itu”.

 

 TOP

 

 

 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre

 

 

 

 

   Virtual copyright Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2011