Koleksi Dr.Burhanuddin al-Helmy diabadikan.HBI 

 

 

Khazanah

KHAZANAH ILMU DR. BURHANUDDIN

 

 

 

alhelmy

PENGENALAN KEPADA HOMEOPATI

 

PROVING

 

Istilah yang paling tepat bagi memaknakan perkataan “proving” ini ialah “ujibukti” sebagaimana yang digunapakai di dalam buku-buku terbitan HBI. Keterangan Dr. Burhanuddin berkaitan perkataan ini ialah:

 

    Proving diambil daripada bahasa German ‘proben’ ….di dalam bahasa Inggeris perkataan ’prove’ ertinya mencuba, menguji, menentukan mutu, mencuba dengan merasa, menanggungkan, menetapkan atau mentahqiqkan  sesuatu kebenaran dan kenyataan, menunjukkan ketulenan dan menentukan kebetulan sesuatu natijah”.

 

    Proving itu artinya mencubakan sesuatu ubat kepada beberapa orang yang sihat, lelaki dan perempuan di suatu atau beberapa tempat. Ubat-ubat itu dicubakan berulang kali sehingga khasiat ubat-ubat itu telah nyata dan terang sampai kepada kemuncak khasiatnya”.

 

    Proses proving itu “berjalan berminggu-minggu dan berbulan-bulan hingga selesai betul. Apabila telah dapat keterangan-keterangan, alamat-alamat atau semboyan-semboyan daripada prover itu, maka disusunkan pula secara susunan materia medica  yang dikehendaki iaitu dibahagi semboyan-semboyan itu kepada bahagian yang pertama, penting, mustahak dan bahagian darjat…”

 

    “Sesudah diadakan proving yang pertama pada suatu ubat itu, diadakan pula beberapa proving lagi. Beberapa kalipun proving itu dicubakan, tabiat atau khasiat drug atau ubat itu tidaklah pernah bertukar bahkan membetulkan dan menyaksikan kebenaran proving yang terdahulu jua yang menunjukkan bahawa khasiatnya bekerja dengan tetap abadi”.

 

 

 TOP

 

 

 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre

 

 

 

 

   Virtual copyright Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2011