Main (BM)

HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

Promoting homeopathy all Malaysia over and virtually.

 

 

 

DIAGNOSA ILMU RASA NADI

 

Oleh: Admin Homeolibrary.com. (uploaded 1 Mei 2012)

Ilmu rasa nadi memainkan peranan penting di dalam amalan perubatan sejak berzaman lagi. Meskipun ia banyak ditulis di dalam buku-buku lama amalan perubatan tersohor, namun kita belum ketemu tulisan berkaitan dengannya dalam ilmu perubatan tradisional Melayu. Di bawah ini dipetik sebuah artikel daripada Majalah Perubatan homeopathy terbitan Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia Jilid 1 Bil. 1 1985. Disunting semula untuk persembahan virtual: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

NADI BIASA: Nadi biasa tidak terlampau cepat atau lambat, denyutannya 72-76 kali seminit, tidak terlampau keras atau lembut.

  Bayi lebih cepat daripada orang dewasa, perempuan lebih lambat daripada lelaki. Orang yang bekerja kuat, nadinya perlahan dan kuat. Nadi orang gemuk tenggelam.

  Nadi yang rasanya berlainan kerana umur, jantina, makanan, senaman, semasa naik marah dan lain-lain tidak boleh disifatkan dia sakit.

  Dari lahir sampai satu tahun:

    120 140 / minit.

  Dari dua tahun sampai 5 tahun:

    90 115 / minit.

  Dari 6 tahun sampai 15 tahun:

    80 - 90 / minit.

  Dari 16 sampai 50 tahun:

    70 75 / minit.

  Dari 50 tahun ke atas

    50 65 / minit.

NADI JENIS TIMBUL: Penyakit di luar dan baru diserang, kalau nadinya kuat menunjukkan Kuasa Hayatnya masih kuat, jikalau nadinya lemah menunjukkan Kuasa Hayatnya lemah. Jika nadi timbul dan cepat, menunjukkan penyakit panas (Demam jenis panas misalnya demam Belladonna, Bryonia dll). Jika nadi timbul dan perlahan, banyak menunjukkan penyakit jenis sejuk (Demam jenis sejuk seperti demam Ars. Alb., dll.)

NADI JENIS TENGGELAM: Perlu tekan dengan kuat baru dapat dirasa nadinya. Tekan di kawasan atas tidak akan terasa.

Penyakit:

  1. Menunjukkan penyakit ada di bahagian dalam, nadi lemah atau kuat menunjukkan keadaan Kuasa Hayat.

  2. Keadaan penyakit telah menyerang ke dalam.

NADI JENIS PERLAHAN:  Denyutnya kurang daripada nadi biasa.

Penyakit:

Penyakit jenis sejuk dan lemah. Nadi perlahan dan kuat Kuasa Hayat masih kuat. Nadi perlahan dan lemah Kuasa Hayat sudah lemah.

NADI JENIS CEPAT:  Denyutan lebih cepat daripada biasa.

Penyakit:

Penyakit jenis panas atau radang (seperti Belladonna, Bryonia, Sulphur dll.)

Nadi cepat dan kuat: - Betul panas

Nadi cepat dan lemah: - Panas palsu (seperti Tuber.)

Nadi cepat dan tegang: - Panas penyakit demam Kuning (Panas di kawasan hati)

NADI JENIS LEMAH:  Nadinya lemah, bila ditekan kuat sedikit sukar dirasa denyutan nadi.

Penyakit:

Tubuh lemah, perjalanan darah lemah, darah kurang. Buat kerja sedikit lelah nafas, tiada tenaga. Kuasa Hayat sudah lemah.

NADI JENIS KUAT:  Nadinya kuat dan kasar, tekan kuatpun rasa nadi itu memantul balik.

Penyakit:

Walaupun tubuh telah diserang penyakit, Kuasa Hayatnya masih kuat lagi, masih mempunyai daya berlawan dengan penyakit.

Orang yang sakit kerana makan lebih, sembelit, panas, adalah bernadi jenis ini.

NADI JENIS LICIN: Nadinya licin seperti rasa manic.

Penyakit:

Panas, makan lebih, kahak banyak. Perempuan jika tiada sakit tetapi mempunyai nadi ini, boleh fikirkan dia mengandung.

NADI JENIS TEGANG: Nadi sangat tegang rasanya.

Penyakit:

Jenis penyakit hati (Liver), rasa penuh di dada, semua jenis kesakitan, kahak banyak, malaria dan lain-lain.

NADI JENIS TIDAK MENENTU: Denyutan nadi tak ikut rentak, kadangkala cepat, kadangkala perlahan, kadangkala berhenti sekejap.

Penyakit:

Penyakit jantung, cedera teruk seperti kemalangan, jatuh dan lain-lain. Biasanya pesakit yang mempunyai gerak nadi begini menandakan suatu bahaya.

 

TAMAT.

virtual homeopath: drhatta3@yahoo.com

 


Sumber: Anonymus. 1985. Diagnosa: Ilmu Rasa Nadi,  Majalah Perubatan Homeopathy. Jil. 1. Bil. 1. ms.: 14.

 

Virtual copyright Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH) 2011

@ HBI Health & Homoeopathy Centre 2011-2012