MALAYSIA HOMEOPATHY CYBER LIBRARY

www.homeolibrary.com

Visit also: LAMAN KONSULTAN HBI : DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE consultant SINCE 2001

    

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama

WORKSHOP (CASETAKING) HOMEOPATI 2012 DI CUCMS, CYBERJAYA.

 

Workshop Homeopathy 2012

 

Julai 2012

Workshop Homeopati

Ceramah pengenalan pada malam hari pertama.

Bersama Alastair Gray, Zainul Azmi dan Dr. Suriya.

Presiden MPHM bersama Dr. Alastair Gray

Bersama Prof Dr. Asmadi Yusof dan Hp. Osman Nasir.

Prof. Hanafi selaku Naib Presiden memberi sedikit ucapan pada 1 Jul 2012.

Majlis penyampaian sijil pada hari terakhir.

 

 

Workshop homeopati berjudul "Casetaking: The Landscape of Homoeopathic Medicine" berlangsung selama tiga hari di Kampus Utama, Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), Cyberjaya, Malaysia.

   Menyambut kedatangan semua peserta bermula pada 29 Jun sehingga 1 Julai ialah Dr. Suriyakhatun Osman. Workshop ini merupakan hasil usahasama di antara CUCMS dengan Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM).

  Walaupun kebanyakan peserta adalah mereka yang berusia sekitar 40 tahun ke atas, namun ada sebahagian peserta itu kelihatan masih muda belia. Anak-anak yang masih muda itu merupakan sebahagian daripada 15 orang pelajar homeopati yang sedang menuntut di Tahun 1 dan Tahun 2 kursus Bachelor of Homeopathic Medical Science (BHMS) di CUCMS.

  Tetamu jemputan, Dr. Alastair Gray menyampaikan kuliah pembukaan pada hari pertama malam itu dengan memperkenalkan kerangka workshop yang akan berlangsung selama dua hari, iaitu hari Sabtu dan Ahad.

  Pada hari kedua, Dr. Alastair memulakan kuliah berkaitan tiga tradisi pengambilan kes dalam homeopati, iaitu (i) memperoleh maklumat, (ii) pokok masalah pesakit dan (iii) berpusatkan pesakit.

 
     
 

  Diulangi arahan daripada Dr. Samuel Hahnemann seperti tertera di dalam Organon iaitu pengamal homeopati klasik harus mengambil sikap berdiam diri, yakin dan percaya, memerhatikan perincian (detail) dan pencerapannya mesti cermat. Ini terkandung di dalam Organon para 83, 84 dan 91 sehingga 104.

  Hasil daripada dapatan (data) pesakit itu, pengamal boleh mengenalpasti sama ada kes itu akut atau kronik. Ia boleh jadi tidak sukar dan boleh jadi kompleks.

  Presdien Majlis Perubatan homeopathy Malaysia (MPHM) iaitu HP Zainul Azmi Bin Ahmad, tiba di CUCMS sewaktu sesi workshop atau bengkel Pengambilan Kes (Casetaking) berhenti rehat kira-kira jam satu tengahari.  Ketibaan beliau disambut oleh Dr. Suriyakhatun Osman, yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap program yang sedang dijalankan di Cyberjaya.

  Ini menunjukkan program CUCMS mendapat dokongan kuat daripada MPHM di samping sokongan kerajaan yang berusaha mewujudkan Hospital Integrasi yang merangkumkan semua perubatan alternatif dan komplementari dalam semua penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada pesakit.

  Presiden MPHM telah turut berbicara dengan penceramah jemputan, Dr. Alastair Grey di bilik kuliah workshop berkenaan.

  Pada hari kedua, kita dapati para peserta disampaikan maklumat lebih lanjut berkaitan pengambilan kes yang bermula daripada zaman Dr. Samuel Hahnemann yang melihat kepada penyakit dan simptom-simptomnya, sehingga kepada J. T. Kent yang membuka fokus kepada personaliti dan konstitusi pesakit (pun turut disebut oleh Hahnemann).

  Homeopati juga dikatakan banyak dipengaruhi oleh tokoh-tokoh  psikoanalis seperti Sigmund Freud dan Carl Jung.

  Dr. Alastair Grey menerangkan bahawa kenyataan Freud mengenai sakit demam itu disebabkan oleh tekanan seksual dan teori Carl Jung yang menekankan bahawa kita perlu melihat kepada simptom dan simbol-simbol kerana semua itu adalah gambaran bahasa bagi ketidakseimbangan dalaman, merupakan sesuatu yang berkaitan dengan perubatan yang diasaskan oleh Hahnemann.

  Dr. Alistair turut menjelaskan bahawa para pesakit juga sudah berubah dari dekad ke dekad. Umpamanya, kalau dahulu pesakit mungkin masuk ke bilik rawatan dengan mengadu sakit kaki, sakit bahagian siku, kepala dan lain-lain. Namun sejak tahun 1980an, ramai pesakit masuk dengan luahan peribadi yang menyeluruh seperti, "saya rasa sangat tidak selesa dengan....."

  Pada hari kedua ini juga para peserta telah ditunjukkan dengan beberapa rakaman video pengambilan kes yang memaparkan sesi konsultasi terkini Dr. Alastair Grey. Sesi berakhir kira-kira jam 5 petang.

  Pada hari Ketiga workshop homeopati "Casetaking: The Landscape of Homoeopathic Medicine" yang diadakan di Kampus Utama, Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), Dr. Alastair masih memaparkan dan menunjukkan video mengenai kes pesakit yang mana beliau adakan sesi konsultasi.

 
     
 

   Tetapi kemudian beliau membicarakan pendekatan baru dalam pengambilan kes. Ini termasuk pendekatan R. Sankaran mengenai kaedah "Sensations" dalam pengambilan kes dan analisis. Dalam hal ini, seorang homeopath dikatakan boleh menemui remedi terbaik bagi seseorang pesakit hanya menerusi mendengar dan memerhatikan tanda-tanda dan simptom-simptom yang berbeza yang dipunyai pesakit sewaktu pesakit itu mengalami sakitnya.

   Meskipun pesakit itu mengadu mengenai sakit kepala, gatal-gatal ataupun kerosakan pada kuku, tetapi menerusi konsultasi yang berbeza daripada amalan ortodoks, pengamal akan melihat kepada ekspresi energetik yang dipaparkan oleh peskit.

  Dalam kaedah ini juga, pengamal tidak lagi mengendalikan kes mengikut gaya Hahnemann, tetapi sebaliknya aktif mendesak pesakit supaya menceritakan atau menerangkan perkara sebenar - masalah yang berada disebalik semua adu-aduan.

  Di sini, kata Dr. Alastair Grey, pengamal homeopati mencari suatu corak (pattern) atau profail pesakit, yang dianggap sebagai panduan kepada remedi yang hendak dipreskripsikan. Beliau turut menunjukkan kaedah konsultasi beliau (Sankaran's style) pada akhir sesi hari terakhir itu yang memaparkan pesakit Sepia.

  Pada akhir sesi tengahari Prof. Hanafi, Naib Presiden MPHM juga dijemput untuk menerangkan sedikit mengenai sejarah homeopati di Malaysia. Di sebelah petangnya, selepas sedikit ucapan penutup daripada Dr. Alastair, semua peserta telah dianugerahkan dengan sijil kehadiran workshop.

          - Admin Dr.Hatta.com @ homeolibrary.com


   

Copyright 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.