Panduan Organon

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

HBI Health & Homoeopathy Centre

PANDUAN ORGANON PERUBATAN

(Berasaskan tulisan Julian Winston) Oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(OUTLINE OF THE ORGANON - Julian Winston)

 

 

 

Julian Winston (1941 - 2005)

  Julian Winston lahir pada 31 Mei, 1941 di bandar New York dan meninggal dunia pada 12 Jun, 2005.

  Selepas berpindah ke Philadelphia untuk mengajar di University of the Arts, Julian Winston telah diperkenalkan kepada homeopathy. Ini berlaku pada tahun 1971, dan diperkenalkan oleh Raymond Seidel, MD, HMD, iaitu murid Calvin Knerr.

  Pada tahun 1980, Julian mengikuti kuliah musim panas the National Center for Homeopathy di Millersville, yang kemudiannya menjadi pendaftar program dari 1981 hingga 1987, dan kemudian berkhidmat pula sebagai dekan program mulai 1988 hingga 1992.

  Pada tahun 1982 beliau telah dipilih menganggotai lembaga pengarah NCH. Beliau merupakan editor buletin NCH, Homeopathy Today sejak tahun 1984. Julian juga dilantik sebagai Pengarah Emeritus NCH pada tahun 1997. Bahkan beliau adalah ahli Homeopathic Pharmacopoeia Convention of the United States (HPCUS). Pada tahun 1999 beliau menjadi penerima pertama the Martha Oelman Community Service Award daripada the National Center for Homeopathy.

  Sekitar 1995, Julian berpindah ke Tawa, New Zealand. Beliau tinggal tidak jauh dari Wellington, mempunyai perpustakaan homeopathy merangkumi lebih 2,000 jilid, dan 4,000 koleksi remedi bersejarah. Isterinya, Gwyneth Evans, juga merupakan pengarah bersama the Wellington College of Homoeopathy. Julian Winston adalah editor kepada majalah Homoeopathy NewZ yang diterbitkan di New Zealand.

  Pada 1999 beliau menulis dan menerbitkan The Faces of Homoeopathy: An Illustrated History of the First 200 Years, yang menceritakan secara menyeluruh sejarah homeopathy di mana dimasukkan sejarah kebangkitan dan kejatuhan sistem perubatan homeopathy sehingga ke akhir abad ke 20. 

  Bukunya, The Heritage of Homoeopathic Literature: An Abbreviated and Annotated Bibliography juga telah diterbitkan pada January, 2002.

  Julian Winston merupakan seorang yang berintegriti dan amat berdedikasi terhadap perubatan homeopathy. Beliau ingin memastikan sejarah homeopathy dari awal, kini dan akan datang direkod seperti sepatutnya. Pemergian beliau merupakan suatu kehilangan kepada homeopathy.

  Usaha kami merakamkan Outline of the Organon di dalam web www.homeolibrary.com bukan saja bertujuan menambahkan bahan bacaan untuk masyarakat pengamal di Malaysia (khususnya yang berminat dalam bahasa Melayu, ibunda), tetapi jua sebagai penghargaan terhadap tokoh abad ini.

 - pengenalan berdasarkan rujukan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Source: http://www.wholehealthnow.com/homeopathy_pro/julian_winston.html

 

HBI Health & Homoeopathy Centre (Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD) 2012