Panduan Organon

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

HBI Health & Homoeopathy Centre

PANDUAN ORGANON PERUBATAN

(Berasaskan tulisan Julian Winston) Oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(OUTLINE OF THE ORGANON - Julian Winston)

 

 

 

247. Dos terkecil dari remedi terbaik yang dipilih boleh diulang, ulangannya dikerapkan lagi bagi kes-kes yang lebih akut.

 Smallest doses may be repeated.

247. Remedi yang diberikan itu harus ditukar potensinya setiap kali ia diberikan.

 The remedy must be changed in potency each time it is given.

248. Dos penawar boleh diulang sehingga pemulihan tercapai atau tiada kebaikan lagi dari ulangan dos.

 The dose may be repeated until action is exhausted.

248. Bagaimana? Bagi tujuan itu, kita perkuatkuasakan sediaan penawar yang baru untuk diberikan kepada pesakit. Jika sediaan itu telah habis guna (dalam masa 7 hingga 15 hari), adalah perlu ditambah sediaan yang baru dalam potensi yang lebih tinggi jika simptom menunjukkan remedi yang sama, selagi pesakit mengalami kemajuan. Agravasi muncul di akhir. Malah satu dram botol kecil alkohol beserta satu globul yang digunakan untuk olfaksi mesti digoncang 8-10 kali sebelum setiap dos diberikan.

 How to do it. The instructions for changing the potency each time. Aggravation comes at the end. Even a one dram vial of alcohol with one globule that is used for olfaction must be succussed 8-10 times before each dose.

249. Sekiranya simptom-simptom baru dihasilkan oleh remedi itu, ianya bukan lagi homeopati dan harus bertindak meneutralkannya dan/atau remedi lain yang lebih tepat diberi bagi menggantikan remedi tadi (yang tidak sesuai).

 If new and troublesome symptoms are produced by the remedy, it is not homoeopathic and should be neutralised and/or the next remedy be given immediately to take the place of the improperly selected one.

 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre (Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD) 2012