Panduan Organon

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

HBI Health & Homoeopathy Centre

PANDUAN ORGANON PERUBATAN

(Berasaskan tulisan Julian Winston) Oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(OUTLINE OF THE ORGANON - Julian Winston)

 

 

 

270. Penerangan mengenai potensi sentesimal. "Dua titik jus tumbuh-tumbuhan segar yang telah diperam (dicampur dengan alkohol seperti 267) dibancuh dengan sembilan puluh lapan (98) titik alkohol dan diperkuatkan kuasa dengan dua kali goncang-hentak, di mana ini membentuk potensi penawar yang pertama. Proses ini diulang sebanyak 29 kali, yang mana pada setiap kalinya satu titik daripada penawar sebelumnya dicampurkan dengan sembilan puluh sembilan (99) titik alkohol tiga suku penuh. Setiap kali proses bancuhan itu dibuat, hendaklah digoncang-hentak sebanyak dua kali. Apabila cara ini diikuti, akhirnya kuasa potensi ke tiga puluh diperoleh (di mana potensi skala desimal dibancuh dengan nisbah cairan X), inilah skala yang biasa diguna." (Dalam edisi ke 6, perbincangan ialah berkaitan LM potensi)

 Description of making centesimal potencies (6th ed: LM potencies)

271. Penjelasan tentang triturasi. "Semua bahan lain yang sesuai untuk kegunaan perubatan seperti logam-logam, dan mineral, petroleum, phosphorus, demikian juga bahagian atau jus tumbuh-tumbuhan yang hanya boleh didapati dalam keadaan kering, bahan-bahan sumber haiwan, garam-garam dan lain-lain; semua ini harus diperkuatkuasakan terlebih dahulu menerusi triturasi selama tiga jam, dengan sebahagian dari bahan itu dicampurkan dengan 99 bahagian pati susu (sugar of milk) digiling sebanyak tiga kali berturut. Dan daripada hasilnya, satu grain harus dilarutkan dan diulang sehingga ke potensi tiga puluh menerusi goncangan dua puluh tujuh botol kecil sebagaimana dilakukan terhadap jus yang disebut sebelum ini."

 Description of trituration

 Dalam edisi ke 6, dinyatakan bahawa doktor itu harus melakukannya sendiri.

 (6th ed: the physician should do it himself)

 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre (Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD) 2012