Laman Sumbangan

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

Kursus Homeopathy Untuk Rawatan Di Rumah

[18 Penawar]

(Dari tulisan Dr. Suriyakhatun Osman)

Dipersembahkan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

 

 
 

6. Bryonia

Bila selsema bermula dengan hidung berhingus dan bergerak ke dada, Bryonia sering diperlukan, terutama, bila batuknya kering dan melarat bila bergerak.

Sakit apabila menarik nafas dan bergerak pun sakit . Kanak-kanak akan cuba duduk sediam yang mungkin.

Kanak-kanak ini tidak suka bilik panas dan batuk akan melarat di bilik panas serta selepas makan dan minum.

Tekak mungkin terasa gatal dan in juga menyebabkan batuk. Batuk mungkin diiringi dengan perasaan loya dan semasa batuk, mungkin kepala akan terasa sakit.

Ciri penting Bryonia ialah melarat bila bergerak dan haus, meminum air banyak. Sering digunakan pada bengkak sendi yang mempunyai ciri sakit bila bergerak.

Kes Bryonia suka duduk diam dan
tidak mahu bergerak sebab pergerakan adalah sakit.


 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre Daripada: Admin HBI 2011