Laman Sumbangan

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

Kursus Homeopathy Untuk Rawatan Di Rumah

[18 Penawar]

(Dari tulisan Dr. Suriyakhatun Osman)

Dipersembahkan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

 

 
 

15. Phosphorus

Kanak-kanak yang memerlukan penawar ini mengidap batuk yang kering dan berbunyi kuat serta mengidap sakit di bahagian dada. Batuk bertambah teruk apabila berbaring, terutama bila berbaring ke sebelah kanan.

Mereka berjaga malam dan perlu bangun dan duduk untuk melegakan batuk. Batuk juga bertambah semasa bercakap, bergerak, berpindah dari bilik panas
ke bilik sejuk seperti mana berpindah masuk ke dalam kereta berhawa dingin.

Untuk melegakan sakit dada, kadang kala mereka meletakkan tangan ke dada. Berselimut melegakan perasaan ketat di dada.

Mereka suka air sejuk, atau air batu. Batuknya menyebabkan terasa lemah dan letih. Kadang kala lendir atau hingus berdarah dan suara menjadi serak.

Seringkali saya mengunakan penawar ini berdasarkan bentuk badan dan watak. Watak phosphorus adalah penakut, takut gelap, takut petir, sensitif, suka berkawan, badan kurus dan tinggi.

Amat berguna
untuk batuk lelah bilamana gejalanya bersamaan dengan penawar ini.


 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre Daripada: Admin HBI 2011