Laman Sumbangan

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

Kursus Homeopathy Untuk Rawatan Di rumah

[18 Penawar]

(Dari tulisan Dr. Suriyakhatun Osman)

Dipersembahkan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

 

 
 

 18. Staphisagria

Penawar Staphisagria juga memendam rasa akan tetapi pendam rasa Staph agak berbeza.

Selalunya ia timbul di kalangan isteri atau anak atau pekerja yang mempunyai suami atau ibu/ayah, atau majikan yang garang. Si mangsa geram di dalam dan bertindak secara mogok atau sekali sekala terlepas geram.

Seorang isteri yang sering mengidap migraine telah pulih dari penyakit yang telah timbul beberapa bulan setelah ia berkahwin. Semasa saya merawatnya saya telah bertanya, apakah perasaan anda tentang perkahwinan anda. Ia menjawab, saya terasa terperangkap tanpa jalan keluar! Suaminya kasar dan berang dan sering meluahkan perkataan-perkataan yang kesat dan si isteri cuma berdiam diri bila dimarah. Malahan di depan saya pun
suaminya memarahi isterinya dengan cara yang garang.

Agak aneh kes ini sebab si isteri belajar bagaimana untuk meredai marah suami bila ia mula dapat meluahkan perasaannya yang telah
lama berbuku. Ia sering mogok dan buat kerja rumah tak betul dan ini menyebabkan si suami bertambah marah.

Setelah dirawat, hilang perangai mogok, bila suami marah ,ia boleh balas
dengan lembut dan lama kelamaan suami dapat ubah cara marahnya sebab mereka adalah pasangan yang faham Islam dan inginkan penyelesaian.



 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre Daripada: Admin HBI 2011