Laman Sumbangan

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

Kursus Homeopathy Untuk Rawatan Di rumah

[18 Penawar]

(Dari tulisan Dr. Suriyakhatun Osman)

Dipersembahkan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

 

Biografi Dr. Suriya - Penulis 18 Penawar

 
 

Dr. Suriyakhatun Osman merupakan seorang doktor perubatan lulusan MBBCh daripada University of Alexandria, Mesir (Egypt), yang diperoleh pada tahun 1980. Beliau juga mempunyai Diploma in Reproductive Medicine.

  Beliau belajar homeopathy daripada beberapa pengamal homeopati ternama, khususnya Dr Dali Muin yang merupakan murid kepada Prof. Dr. Burhadundin Hilmi. Beliau lulus Diploma Homeopathy daripada Academy Homeopathy Malaysia pada tahun 1985, dan setahun kemudian dianugerahkan sebagai Fellow Kehormat Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (Malaysian Homeopathic Medical Association)

  Selain itu, Dr. Suriya atau Suriyakhatun juga mendapat latihan daripada the Royal London Hospital dalam jurusan Integrated Medicine, United Kingdom. Beliau menjalani latihan vokasional di Royal London, mengkaji dan merawat kes-kes homeopathy, melibatkan diri dalam perbincangan ilmiah dan juga telah jalani ujian MFHom di Bristol Homeopathy Hospital bersama dengan calon-calon dari UK, India dan America Selatan. Beliau juga merupakan calon terbaik, memperoleh distinction serta adalah ahli the Faculty of Homeopathy United Kingdom, (MFHom UK).

  Dr. Suriya juga mempunyai klinik persendirian, di mana beliau menjalankan praktik iaitu di Klinik At-Taqwa, Masjid Tanah, Melaka. Selain menjadi Rektor Majlis Akademi Homeopathy Malaysia, beliau juga kini memegang tanggungjawab besar sebagai pensyarah kanan yang mengajar perubatan homeopati di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), program pendidikan homeopati peringkat ijazah yang pertama diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Source:

1. http://www.eftinfo.com/aamet/practitioner_view.php?researchid=347&cid=
2.  http://www.facebook.com/pages/Dr-Suriyakhatun/289180777791252?v=info


- Mohamed Hatta Abu Bakar. HMD.



 

HBI Health & Homoeopathy Centre Daripada: Admin HBI 2011