Promoting homeopathy all Malaysia Over  2013

Projek Mega HBI

Terjemahan Karya Dr. Willam Boericke, M.D.

Homoeopathic Materia Medica

(Terjemahan/Saringan)

Oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

B.A.,(EIU), MA (WMU), DIHom., HMD. (BIH)

 Laman ::Materia Medika ::  

 

ABIES CANADENSIS-PINUS CANADENSIS
Hemlock Spruce

(Komentar anda dialu-alukan)

 
  Membran mukus mendapat kesan daripada Abies Can dan simptom-simptom gastrik adalah petanda paling jelas, serta satu keadaan katar perut dihasilkan. Terdapat ketagihan luar biasa dan perasaan dingin yang amat jelas, terutama bagi wanita yang mengalami pengalihan rahim, yang mungkin disebabkan oleh nutrisi yang tidak sempurna dan lemah. Tindakan jantung dan menarik nafas yang dipaksa-paksa. Ingin berbaring setiap masa; kulit sejuk dan melekit, kedua tangan sejuk; amat malap. Paru-paru kanan dan hati rasa kecil dan keras. Discaj menanah.

Kepala. Rasa pening sedikit, pening-pening lalat. Cepat marah.

Perut.Lapar dan makan sehingga muntah, serta hatinya tidak cergas. Rasa lapar menggigit-gigit, ada perasaan lemah di kawasan hulu hati. Selera kuat, kepinginkan daging, jeruk, lobak, lobak putih, artichoke, dan makanan pelawas. Berkecenderungan untuk makan lebih daripada kemampuan pencernaan. Membakar dan perut serta abdomen kembung dengan dada berdebar. Flatulens mengganggu tindakan jantung. Rasa sakit di sebelah tulang kipas kanan. Juga sembelit beserta rasa membakar di dalam rektum.

Perempuan.Rahim beralih. Rasa memar pada fundus uterus, lega bila ditekan atau urut. Keletihan; ingin membaringkan diri setiap masa. Ia merasakan rahimnya lembut dan tidak bermaya.

Demam.Menggigil kesejukan, seoalh-olah darah itu bagaikan air sejuk (Acon). Dingin turun ke belakang. Rasa bagaikan air sejuk di antara kedua bahu (Ammon mur). Kulit melekit peluh dan melekat. Berpeluh malam (China).

Dos.Potensi pertama hingga ketiga.

.

 

Projek Terjemahan buku Homoeopathic Materia Medica karya Dr. William Boericke.

Sebahagiannya mungkin dipetik semula daripada koleksi penawar materia medika yang diterjemah secara saringan sewaktu menyusun naskhah buku Penawar Homeopati Pilihan.
Buku Penawar Homeopati Pilihan telah berjaya diterbitkan pada tahun 2000.

Pesanan boleh dibuat terus kepada HBI - Tel: 013-9802991.

 

:: HOME ::

 

Copyright: HBI Health & Homoeopatbhy Centre 2013

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD