Promoting homeopathy all Malaysia Over  2013

Projek Mega HBI

Terjemahan Karya Dr. Willam Boericke, M.D.

Homoeopathic Materia Medica

(Terjemahan/Saringan)

Oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

B.A.,(EIU), MA (WMU), DIHom., HMD. (BIH)

 Laman ::Materia Medika ::  

 

ABIES NIGRA
Black Spruce

(Komentar anda dialu-alukan)

 
 

Merupakan satu remedi yang bertenaga dan bertindak lama dalam pelbagai rupa bentuk penyakit, khususnya bila terdapat simptom masalah perut yang jelas. Kebanyakan simptomnya berhubung dengan gangguan gastric. Boleh digunakan dalam kes dispepsia di kalangan orang dewasa yang disertai symptom jantung, atau selepas meminum teh dan menghisap rokok. Baik untuk sembelit dan sakit di kawasan luar meatus.

Kepala. Panas, serta kedua pipi merah. Kurang semangat. Lembab di waktu siang, terjaga bila malam. Tidak dapat berfikir.

Perut. Sakit dalam perut selalu menyerang selepas makan. Rasa seperti ada ketulan yang menyakitkan, seolah-olah telur masak tertinggal di hujung kawasan kardiak dalam perut; rasa mencerut berterusan di bahagian atas sedikit dari hulu hati, seolah-olah semua benda bersimpul. Tiada selera langsung di waktu pagi. Tetapi di sebelah tengahari dan malam, terasa sangat lapar. Nafas busuk. Kuat bersendawa

Dada. Rasa amat sakit, seolah-olah sesuatu melekat dalam dada dan terpaksa dibatukkan keluar; paru-paru rasa dimampatkan. Tidak boleh dikembangkan sepenuhnya. Melarat bila dibatukkan; keluar cecair dari dalam perut selepas batuk. Rasa tersedak dalam kerongkong. Dispnea; melarat bila berbaring; sakit menusuk tajam bagai dipotong-potong dalam jantung, tindakan jantung berat, penat, dan perlahan; takikardia, bradikardia.

Belakang. Sakit di tengah-tengah belakang. Dalam tulang-temulang rasa sakit dan sengal reumatik.

Tidur. Terjaga dan gelisah di tengah malam, beserta rasa lapar. Mimpi-mimpi yang buruk saja.

Demam. Panas dan sejuk bersilih ganti; demam intermiten kronik, serta rasa sakit dalam perut.

Modaliti. Melarat selepas makan.

Hubungan. Bandingkan dengan : China, Bryon, Pulsat, bila ada ketulan dalam perut.)  Bandingkan juga dengam Thuja, Sabina, Cupressus. Nux vom, dan Kali carb. Khususnya  dalam masalah kurang cerna.

Dos. Potensi pertama hingga tiga puluh.

.

Projek Terjemahan buku Homoeopathic Materia Medica karya Dr. William Boericke.

Sebahagiannya mungkin dipetik semula daripada koleksi penawar materia medika yang diterjemah secara saringan sewaktu menyusun naskhah buku Penawar Homeopati Pilihan.
Buku Penawar Homeopati Pilihan telah berjaya diterbitkan pada tahun 2000.

Pesanan boleh dibuat terus kepada HBI - Tel: 013-9802991.

 

:: HOME ::

 

Copyright: HBI Health & Homoeopatbhy Centre 2013

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD