Promoting homeopathy all Malaysia Over  2013

Projek Mega HBI

Terjemahan Karya Dr. Willam Boericke, M.D.

Homoeopathic Materia Medica

Terjemahan/Saringan:

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

B.A.,(EIU), MA (WMU), DIHom., HMD. (BIH)

 Laman ::Materia Medika ::  

 

ABROTANUM
Southernwood

  (Komentar anda dialu-alukan)

 
 

Remedi yang sangat berguna dalam marasmus, terutama yang melibatkan tungkai bawah sahaja, tetapi nafsu makannya masih baik. Metastasis. Reumatisme selepas diarea. Kesan buruk kerana penyakitnya dipendam ke dalam khususnya bagi pesakit gout. Peritonitis tuberkulosa. Pleurisi eksudatif dan lelain proses penanahan.

Digunakan selepas pembedahan bahagian dada bagi kes hidrotoraks atau empiemia, di mana masih terdapat rasa tertekan. Hemoroid yang melarat bila saja reumatisme semakin pulih. Hidung berdarah dan terkumpul cecair dalam pundi; budak lelaki yang mengalami hidrosele. Pesakit yang terasa amat lemah selepas dijangkiti influenza. (Kali phos).

Minda. Suka bangkang, merengsa, bimbang, murung.

Muka. Berkedut, sejuk, kering, pucat. Lingkaran biru mengelilingi kedua mata yang memandang kosong. Banyak jerawat hitam serta kurus kering. Hidung berdarah. Angioma bahagian muka.

Perut. Rasa halus berlendir. Ada selera makan, tetapi semakin kurus. Makanan turun tanpa dicerna. Sakit dalam perut; melarat di sebelah malam; sakitnya memotong-motong, menggigit-gigit. Perut dirasakan seolah-olah berenang di dalam air; terasa sejuk. Bersungut amat lapar. Tidak cerna, serta memuntahkan banyak cecair yang berbau.

Abdomen. Terasa ada ketulan keras dalam abdomen. Kembung angin. Sembelit dan cirit-birit berselang seli. Hemoroid; kerap rasa nak buang air; najisnya mengandungi darah; melarat bila saja sakit reumatik beransur reda. Askarid. Menjulur dari pusat. Rasa seolah-olah isi perut turun ke bawah.

Respiratori. Pernafasan terhalang. Rasa melecet. Batukl jenis kering selepas cirit-birit. Sakit merentasi dada; lebih teruk di kawasan jantung.

Belakang. Leher sangat lemah sehingga tidak dapat didongakkan ke atas. Belakang lumpuh, lemah, dan menyakitkan. Sakit di dalam ruas tulang belakang menjalar di sepanjang korda sperma. Sakit dalam sakrum, serta hemoroid.

Ekstremiti. Sakit dalam kedua bahu, kedua lengan, kedua pergelangan tangan, dan kedua buku lali. Rasa menyucuk dan kesejukan di dalam jari jemari dan kaki. Kedua kaki tersangat halus, kurus. Kedua sendi juga tegang dan lumpuh. Kempat-empat anggota mengalami kontraksi yang menyakitkan (Amm mur).

Kulit. Letusan keluar di bahagian muka; kerana ditekan ke dalam, dan kulit menjadi keunguan. Kulit juga menjadi lembik dan longgar. Furunkel. Rambut gugur. Lepuh-lepuhan yang menggatalkan.

Modaliti. Melarat dengan air sejuk, penanahan. Lega bila bergerak.

Hubungan. Bandingkan dengan: Scrophularia; Bryonia; Stellaria; Benzoic acid, dalam kes gout, atau dengan Iodine dan Natr mur bagi marasmus.

Dos. Gunakan potensi ketiga sehingga tiga puluh.

.

Projek Terjemahan buku Homoeopathic Materia Medica karya Dr. William Boericke.

Sebahagiannya mungkin dipetik semula daripada koleksi penawar materia medika yang diterjemah secara saringan sewaktu menyusun naskhah buku Penawar Homeopati Pilihan.
Buku Penawar Homeopati Pilihan telah berjaya diterbitkan pada tahun 2000.

Pesanan boleh dibuat terus kepada HBI - Tel: 013-9802991.

 

:: HOME ::

 

Copyright: HBI Health & Homoeopatbhy Centre 2013

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD