Promoting homeopathy all Malaysia Over  2013

Projek Mega HBI

Terjemahan Karya Dr. Willam Boericke, M.D.

Homoeopathic Materia Medica

Terjemahan/Saringan:

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

B.A.,(EIU), MA (WMU), DIHom., HMD. (BIH)

 Laman ::Materia Medika ::  

 

ABSINTHIUM
Common Wormwood

  (Komentar anda dialu-alukan)

 
  Absinthium menghasilkan gambaran lengkap sawan epiletiform. Getaran saraf mendahului serangan sawan. Pening kepala teruk dan tiba-tiba, meracau serta halusinasi dan tidak sedarkan diri.  Keterujaan, gugup dan sukar lelapkan mata. Ruang lingkup remedi ini termasuk iritasi cerebral, histeria dan spasma infantil. Jika terdapat keracunan oleh cendawan. Korea. Gegaran. Bila ada kegugupan, keterujaan, dan sukar tidur di kalangan kanak-kanak.

Minda.-- Halusinasi. Nampak sesuatu yang menakutkan. Kleptomania. Hilang ingatan. Lupa terhadap apa yang baru saja terjadi. Tidak mahu terlibat dengan sesiapa. Kejam, ganas.

Kepala.-- Vertigo, serta cenderung terjatuh ke belakang. Keliru. Inginkan kepala ke bawah. Anak mata terbeliak secara tidak sama. Muka kebiruan. Sentakan spasmodik saraf muka. Sakit kepala di bahagian oksiput. (Gelsem, Picric ac).

Mulut.Kedua rahang tetap. Tergigit lidah; lidah bergerak-gerak; rasa bagaikan membengkak dan terlalu besar; menjulur keluar.

Tekak.Rasa melepuh; seolah-olah ada ketulan.

Perut.-- Loya; rasa menjeluak; sendawa. Kembung di sekitar kawasang pinggangdan abdomen. Ada angin kolik.

Urin. Ingin kencing sentiasa. Baunya amat kuat; warna kuning terang (Kali phos).

Seksual. Sakit mencucuk-cucuk di dalam ovari kanan. Spermatorea, serta bahagian kemaluannya lemah, relaks. Menopaus pramatang.

Dada. Rasa berat di atas dada. Tidak teratur, denyutan kacau-bilau jantung boleh didengar di sebelah belakang.

Ekstremiti.Sakit di dalam semua anggota kaki tangan. Simptom lumpuh.

Hubungan.-- Bandingkan: Alcohol; Artemisia; Hydrocy acid; Cina; Cicuta.

Dos.  Potensi pertama hingga enam.

.

 

Projek Terjemahan buku Homoeopathic Materia Medica karya Dr. William Boericke.

Sebahagiannya mungkin dipetik semula daripada koleksi penawar materia medika yang diterjemah secara saringan sewaktu menyusun naskhah buku Penawar Homeopati Pilihan.
Buku Penawar Homeopati Pilihan telah berjaya diterbitkan pada tahun 2000.

Pesanan boleh dibuat terus kepada HBI - Tel: 013-9802991.

 

:: HOME ::

 

Copyright: HBI Health & Homoeopatbhy Centre 2013

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD