Promoting homeopathy all Malaysia Over  2013

Projek Mega HBI

Terjemahan Karya Dr. Willam Boericke, M.D.

Homoeopathic Materia Medica

Terjemahan/Saringan:

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

B.A.,(EIU), MA (WMU), DIHom., HMD. (BIH)

 Laman ::Materia Medika ::  

 

ACALYPHA INDICA
Indian Nettle
  

(Komentar anda dialu-alukan)

 
  Acalypha Indica memiliki tindakan yang ketara ke atas saluran pencernaan dan organ-organ respiratori. Ianya ditunjukkan dalam kes ftisis yang disertai batuk keras memeritkan, ludahan kahaknya mengandungi darah, hemoraj arteri, tetapi tiada gangguan demam. Pesakit lemah di sebelah pagi, semakin bertenaga di siang hari. Emasiasi progressif. Semua hemoraj patologi mempunyai agravasi sebelah pagi.

Dada.-- Batuknya kering, keras, diikuti dengan batuk darah; melarat di sebelah pagi dan di sebelah malam. Sakit teruk dalam dada dan kerap. Darahnya merah menyala dan tidak banyak di sebelah pagi; merah kehitaman dan bergumpal di sebelah petang. Nadi lembut dan mampat. Membakar di dalam farings, esofagus, dan perut.

Abdomen.Membakar di dalam usus. Najis diarea keluar menggerutup serta mengeluarkan angin kentut yang kuat, Sakit menekan ke bawah dan tenesmus. Kembung berkeroncong, dan sakit mencengkam di dalam abdomen. Hemoraj rektum; melarat di sebelah pagi.

Kulit.-- Jaundis. Miang gatal dan membengkak seperti bisul terterap lilit.

Modaliti.-- Melarat di sebelah pagi.

Hubungan. Bandingkan: Millefol; Phosphor; Acetic acid; Kali nit.

Dos.Potensi ke tiga hingga enam.

.

 

Projek Terjemahan buku Homoeopathic Materia Medica karya Dr. William Boericke.

Sebahagiannya mungkin dipetik semula daripada koleksi penawar materia medika yang diterjemah secara saringan sewaktu menyusun naskhah buku Penawar Homeopati Pilihan.
Buku Penawar Homeopati Pilihan telah berjaya diterbitkan pada tahun 2000.

Pesanan boleh dibuat terus kepada HBI - Tel: 013-9802991.

 

:: HOME ::

 

Copyright: HBI Health & Homoeopatbhy Centre 2013

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD