Promoting homeopathy all Malaysia Over  2013

Projek Mega HBI

Terjemahan Karya Dr. Willam Boericke, M.D.

Homoeopathic Materia Medica

Terjemahan/Saringan:

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

B.A.,(EIU), MA (WMU), DIHom., HMD. (BIH)

 Laman ::Materia Medika ::  

 

ACETICUM ACIDUM
Glacial Acetic Acid
(ACETIC ACID)

(Komentar anda dialu-alukan)

 
 

 

Bahan ubat ini menghasilkan keadaan anemia yang dalam, serta beberapa simptom-simptom dropsi, kelesuan yang bersangatan, kerap pitam, dispnea, jantung lemah, muntah-muntah, kencing banyak dan berpeluh. Hemoraj daripada mana-mana bahagian tubuh. Penawar ini dirujuk bagi orang kurus, pucat serta otot-ototnya lembik dan kendur. Kelesuan dan menyusutkan badan. Acetic acid mempunyai kuasa mencecairkan mendapan berfibrin dan albumin. Kanser epitelium, internal dan lokal (W Owens). Sikosis beserta nodul dan pembentukan di dalam sendi-sendi. Syanker atau ulser keras. Jika guna tinktur 1x, ia akan melembutkan dan menyebabkan terbentuknya nanah.

Minda.-- Merengsa, bimbang mengenai urusan perniagaan.

Kepala.Sakit kepala akibat tekanan saraf, daripada salahguna narkotik. Darah meluru ke arah kepala serta meracau. Salur temporal mengembung. Rasa sakit merentang akar lidah.

Muka.-- Pucat, putih licin, kekurusan. Kedua matanya cengkung (ke dalam), dikelilingi gegelang hitam. Merah padam. Berpeluh. Epitelioma pada bibir. Kedua pipi merah padam. Sakit di bahagian kiri rahang.

Perut.-- Pengliuran. Fermentasi di dalam perut. Amat haus dan rasa membakar. Minuman sejuk menambahkan distres. Muntah selepas mengambil apa saja makanan. Lembut di kawasan epigaster. Sakit membakar seolah-olah mendapat ulser. Kanser perut. Sendawa masam dan muntah-muntah. Pedih hulu hati rasa membakar dan liur keluar dengan banyak. Hiperklorhidria dan kolik gastrik. Sakit membakar teruk di dalam perut  dan dada, diikuti dengan kulit kesejukan dan peluh sejuk di dahi. Perutnya dirasakan seolah-olah dia telah mengambil terlalu banyak cuka atau asam.

Abdomen.Terasa bagaikan abdomen tenggelam, mengalami kecut perut. Kerap keluar najis cair, melarat di sebelah pagi. Kolik timpani. Asite. Hemoraj daripada usus.

Urin.Terdapat urin berwarna pucat dalam kuantiti yang banyak. Diabetes, serta haus dan keleseuan (Phos ac).

Perempuan. Katamenia: haid melimpah banyak. Hemoraj lepas bersalin. Loya masa hamil. Buah dadanya membesar, menyakitkan, mengembung dipenuhi susu. Kurang susu, kebiruan, transparen, masam. Ibu-ibu menyusu yang anemia.

Respiratori.-- Parau, pernafasannya berdesir; sukar bernafas; batuk ketika menarik nafas. Krup bermembran. Iritasi trakea dan tiub bronkus. Tisu membran palsu di dalam kerongkong. Nanah banyak dalam kawasan paru-paru atau sekitarnya. Sakit tekak dan busuk (bila berkumur).

Belakang.Sakit di bahagian belakang, lega hanya bila berbaring di atas abdomen.

Ekstremiti.-- Emasiasi. Edema pada kaki dan anggota kaki.

Kulit.Kulit pucat, putih licin, bengkak beredema. Membakar, kering, kulitnya panas atau dimandikan oleh peluh yang banyak. Rasa pada permukaan kulit tubuh semakin menghilang. Berguna selepas disengat, digigit, dsbnya. Bengkak varikos. Skurvi; anasarka. Memar; terseliuh.

Demam.Demam kuat, serta berpeluh malam sampai basah. Bintik merah pada pipi kiri. Tiada rasa haus masa demam. Rasa menggelegak. Peluh banyak dan sejuk.

Hubungan.-- Acetic acid merupakan antidot kepada semua wap anestetik. Boleh bertindak balas kepada keracunan sosej.

Bandingkan: Ammon acet (Banyak urin sakarin, pesakit bermandikan peluh). Benzoin oderiferum--Spice-wood (night sweats). Ars; China; Digitalis; Liatris (Anasarka dalam jantung dan penyakit buah pinggang, dropsi, dan diarea kronik).

Dos.Potensi ke tiga hingga tiga puluh. Tidak harus diulang terlalu kerap, kecuali bagi kes krup.

.

 

Projek Terjemahan buku Homoeopathic Materia Medica karya Dr. William Boericke.

Sebahagiannya mungkin dipetik semula daripada koleksi penawar materia medika yang diterjemah secara saringan sewaktu menyusun naskhah buku Penawar Homeopati Pilihan.
Buku Penawar Homeopati Pilihan telah berjaya diterbitkan pada tahun 2000.

Pesanan boleh dibuat terus kepada HBI - Tel: 013-9802991.

 

:: HOME ::

 

Copyright: HBI Health & Homoeopatbhy Centre 2013

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD