Promoting homeopathy all Malaysia Over  2013

Projek Mega HBI

Terjemahan Karya Dr. Willam Boericke, M.D.

Homoeopathic Materia Medica

Terjemahan/Saringan:

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

B.A.,(EIU), MA (WMU), DIHom., HMD. (BIH)

 Laman ::Materia Medika ::  

 

ACONITUM NAPELLUS
Monkshood

(Komentar anda dialu-alukan)

 
 

 

Satu keadaan takut, khuatir; minda dan tubuh merasa tersiksa. Ketakutan, kegelisahan mental dan fizikal merupakan manifestasi yang paling tipikal bagi Aconite.  Dirujuk bila berlaku serangan ganas, tiba- tiba dan akut beserta demam. Tidak mahu disentuh. Tenaga semakin lemah dan tiba-tiba. Tekanan dan aduan disebabkan oleh cuaca sejuk-kering, angin daripada udara sejuk, keringat, juga aduan daripada cuaca yang sangat panas, terutamanya mengenai gangguan gastro-usus, dan sebagainya.  Remedi pertama dalam inflamasi, radang demam.  Kesan ke atas membran serum dan tisu otot adalah ketara.  Terbakar  di bahagian dalam; berdenyut, dingin dan rasa kebas.  Influenza. Tekanan pada arteri; tekanan mental fizikal dan emosi menerangkan banyak simptom-simptom. 

            Apabila mempreskripsi Aconite, ingat bahawa Aconite hanya menyebabkan gangguan fungsional, tiada bukti yang ia boleh menghasilkan perubahan tisu - tindakannya singkat dan tidak menunjukkan tempoh.  Lingkungan tindakannya ialah semasa bermulanya penyakit akut dan remedi ini tidak harus diteruskan selepas berlaku perubahan patologi. Di dalam Hiperemia, remedi boleh diberikan bagi kongesi sebelum rembesan mula keluar.  Influenza [Influenzin] 

Minda. Kebimbangan, kekhuatiran dan ketakutan yang bersangatan mengiringi setiap penyakit, walaupun tidak teruk. Meracau dicirikan oleh dukacita, bimbang, takut, kegilaan, jarang sekali tidak sedar. Berfirasat dan takut. Takut mati tetapi percaya bahawa dia akan segera mati; menjangka harinya. Takut kepada masa depan, sekumpulan orang menyeberangi jalan. Gelisah, ke sana ke mari.  Kecenderungan untuk menyentak. Imaginasi akut, meramal. Tidak dapat bertolak ansur sakitnya; malah menyebabkannya jadi gila. Tidak dapat mendengar muzik; menyebabkannya sedih [Ambra.] Ia fikir ideanya datang daripada perut - bahawa bahagian-bahagian tubuhnya luar biasa tebalnya. Merasakan seolah-olah apa yang baru saja dibuat hanyalah satu mimpi.

Kepala. Penuh sesak, berat, berdenyut, panas, meledak, membakar, rasa beralun. Tekanan di tulang pangkal otak (Hedera Helix.) Sakit kepala membakar seolah-olah otak digerakkan oleh air mendidih (Indigo.) Vertigo; pening melarat ketika bangkit (Nux. Opium) dan menggelengkan kepala. Rasa di puncak kepala seolah-olah rambut ditarik atau berdiri tegak. Meracau kuat pada waktu malam.

Mata. Merah, menyala. Rasa kering dan panas, seolah-olah pasir berada di dalam. Kelopak mata bengkak, keras dan merah. Tidak suka kepada cahaya. Air mata meleleh banyak selepas terdedah kepada angin kering, sejuk, refleksi daripada salji, selepas mengeluarkan debu dan (selepas mengeluarkan) lelain benda asing.

Telinga. Sangat sensitif kepada bunyi, tidak dapat tahan bunyi muzik. Bahagian luar telinga panas, merah, sakit, bengkak. Sakit telinga (Cham.). Rasa seperti titis-titis air di dalam telinga kiri.

Hidung. Penciumannya amat sensitif. Sakit pada pangkal hidung. Hidung berair; banyak bersin; berdenyut-denyut di dalam lubang hidung. Keluar darah yang berwarna merah cerah. Membran mukus kering, hidung tersumbat; kering beserta koriza berair jernih yang sangat sedikit.

Muka. Merah, panas merah padam, bengkak. Sebelah pipi merah, sebelah lagi pucat (Cham., Ipec.). Muka merah menjadi pucat seperti mayat atau pesakit menjadi pening sewaktu bangkit. Rasa menggelenyar di kedua pipi dan kebas.  Neuralgia, terutamanya di sebelah kiri serta gelisah, menggelenyar dan kebas.  Sakit pada rahang. 

Mulut. Kebas, kering dan menggelenyar. Lidah membengkak; hujungnya rasa menggelenyar. Gigi sensitif terhadap sejuk. Sentiasa menggerak-gerakkan rahang bawah seperti mengunyah. Gusi panas dan radang. Lidah diselaputi warna putih. [Antim. crud.]

Kerongkong. Merah, kering, mencerut, kebas, menyucuk, membakar, menyengat. Tonsil bengkak dan kering.

Perut. Muntah-muntah beserta takut, panas, berpeluh keringat dan banyak kencing. Dahagakan air sejuk. Semua terasa pahit kecuali air sejuk. Tersangat dahaga. Minum, muntah dan ia mengisytiharkan bahawa ia akan mati. Muntah air hempedu, mukus, mengandungi darah, kehijauan. Rasa tekanan di dalam perut beser­ta dispnea, payah bernafas. Hematemesis; muntah keluar darah. Membakar dari perut ke esofagus.

Abdomen. Panas, tegang, timpanitik; kembung berbunyi. Sensitif dengan sentuhan. Kolik; perut memulas, sebarang kedudukan tidak melegakan. Simptom-simp­tom abdomen lega selepas mengambil sup hangat. Terbakar di sekitar pusat.

Rektum. Sakit beserta gatal dan rasa menyucuk di dalam lubang dubur pada waktu malam. Najis kecil dan kerap beserta tenesmus; hijau seperti herba yang ditumbuk. Air kencing putih beserta merah. Discaj kolera serta tidak sedar, cemas dan kegelisahan. Buasir berdarah. (Hamam.) Kanak-kanak yang kena diarea yang cair seperti air. Mereka sangat suka menangis, mengadu, payah tidur dan gelisah.

Urin. Sangat sedikit, merah, panas, menyakitkan. Tenesmus dan rasa terbakar pada pangkal pundi kencing. Rasa terbakar di saluran kencing. Kencing tertahan, berdarah. Selalu khuatir sewaktu mula hendak kencing. Kencing tertahan serta memekik dan resah gelisah, sambil memegang-megang kemaluan. Kawasan ginjal (pada ari-ari) sangat sensitif. Kencing melimpah, keringat melimpah dan cirit-birit.

Lelaki. Rasa merayap-rayap dan menyengat di dalam kelenjar. Sakit memar di buah zakar, bengkak, keras. Kerap mengeras tegang dan keluar mani. Tegang zakarnya menyakitkan.

Perempuan. Liang faraj kering, panas, sensitif. Haid terlalu melimpah, serta hidung berdarah, berpanjangan, lambat. Cemas kalut bila haid bermula. Haid tertekan kerana takut, sejuk pada orang berbentuk cergas. Ovari penuh sesak dan sakit. Sakit menjalar tajam di dalam peranakan. Sakit selepas bersalin, disertai takut dan gelisah.

Respiratori. Sentiasa ada tekanan di sekitar dada kiri. Sesak nafas walau bergerak sedikit. Parau, kering, batuk mencungap. Nyaring, payah bernafas. Kanak-kanak memegang kerongkong setiap kali dia batuk. Sangat sensitif dengan udara yang disedut. Nafas singkat. Larings sensitif. Mencucuk-cucuk di dalam dada. Batuk, kering, pendek, keras; melarat malam dan selepas tengah malam. Rasa panas di dalam paru-paru. Darah keluar semasa mendehem. Menggelenyar dalam dada selepas batuk.

Jantung. Jantung bergerak cepat secara luar biasa. Gangguan pada jantung beserta sakit di bahu kiri. Sakit mencucuk-cucuk di dalam dada. Berdebar, khuatir serta cemas, pitam dan jari-jari menggelenyar. Nadi penuh, keras, tegang dan memantul, kadang-kadang terhenti-henti. Salur nadi pelapis dan salur nadi karotid terasa bila duduk.

Belakang. Kebas, kaku, keras, terasa sakit. Merayap dan mengge­lenyar seolah-olah memar. Kekakuan pada tengkuk. Memar sengal di antara tulang belikat.

Ekstremiti. Kebas dan menggelenyar, rasa sakit menjalar; sejuk seperti air batu tetapi tangan dan kaki tidak terasa. Lengan rasa lemah, memar, berat, kebas. Rasa sakit menurun ke tangan kiri [Cact., Crotal., Kalmia, Tabac.] Tangan panas dan kaki sejuk. Radang reumatik sendi-sendi; melarat malam hari, bengkak merah berkilat dan sangat sensitif. Sendi pinggul dan paha rasa lemah, terutama selepas berbaring. Lutut tidak tegap; Kaki diatur untuk membelok. (Aescul.) Ligamen semua sendi lemah dan kendur. Semua sendi berderik-derik tidak sakit. Kedua belah tangan timbul (hypothenar eminences) warna merah menyala. Rasa seperti titik-titik air turun ke paha.

Tidur. Mengigau. Tiap-tiap malam meracau. Mimpi-mimpi yang mencemaskan. Sukar lelap, gelisah dan resah tidak dapat tidur. [Guna potensi 30] Terkejut semasa tidur. Mimpi berpanjangan dengan dada sentiasa cemas. Insomnia bagi orang tua.

Kulit. Merah, panas, bengkak, kering, membakar. Purpura miliaris. Ruam-ruam seperti campak. Berdiri bulu roma. Kesemputan dan kebas. Seram sejuk dan semput ke punggung. Kegatalan lega dengan stimulan.

Demam. Peringkat demam paling nyata. Peluh sejuk dan muka sejuk seperti air batu. Sejuk dan panas berselang seli. Seram sejuk sebelah malam selepas masuk tidur. Gelombang sejuk menguasai seluruh tubuh. Sentiasa dahaga dan resah gelisah. Seram sejuk bila disentuh atau tidak mengguna selimut. Panas kering dan muka merah. 

Modaliti. Mengurang di udara lapang;  melarat di bilik panas, di sebelah petang dan malam; melarat berbaring di bahagian yang sakit, daripada muzik, daripada asap rokok, angin kering sejuk.

Hubungan.. Asid, wain dan kopi, lemonade dan buah-buahan berasid mengubahsuai tindakannya. Penawar komplemen:  Arnica dalam kes trauma, Coffea semasa demam, dan SulphurSulphur boleh dianggap Aconite kro­nik.  Ia kerap menyempurnakan kesembuhan yang dimulakan oleh Aco­nite.

Bandingkan:  Bellad.; Cham.; Coffea; Ferrum phos.

Penawar antidot: Acetic acid, Bellad., Nux vom., Sulph.

Dos. Potensi 6 untuk penyakit yang berhubungan. dengan pancaindera; 1 hingga 3 untuk keadaan kongestif. Mesti kerap diulangi dalam penyakit-penyakit akut.  Aconite bekerja dengan cepat. Dalam kes neuralgia, boleh guna potensi 30, itupun bergantung kepada kesesuaian dengan pesakit.

 

 

Projek Terjemahan buku Homoeopathic Materia Medica karya Dr. William Boericke.

Sebahagiannya mungkin dipetik semula daripada koleksi penawar materia medika yang diterjemah secara saringan sewaktu menyusun naskhah buku Penawar Homeopati Pilihan.
Buku Penawar Homeopati Pilihan telah berjaya diterbitkan pada tahun 2000.

Pesanan boleh dibuat terus kepada HBI - Tel: 013-9802991.

 

:: HOME ::

 

Copyright: HBI Health & Homoeopatbhy Centre 2013

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD