Promoting homeopathy all Malaysia Over  2013

Projek Mega HBI

Terjemahan Karya Dr. Willam Boericke, M.D.

Homoeopathic Materia Medica

Terjemahan/Saringan:

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

B.A.,(EIU), MA (WMU), DIHom., HMD. (BIH)

 Laman ::Materia Medika ::  

 

ACTAEA SPICATA
Baneberry
(ACTEA SPICATA)

(Komentar anda dialu-alukan)

 
 

 

Ini merupakan satu remedi reumatik, terutama yang melibatkan sendi-sendi kecil; dicirikan dengan sakit menggelenyar, mengoyak-ngoyak. Reumatisme pergelangan tangan. Seluruh tubuh rasa berdenyut-denyut, terutama bahagian hati dan ginjal. Spasma kardiovaskular. Sakit melarat akibat sentuhan dan pergerakan.

Kepala. Takut-takut, mudah terjerit-jerit; keliru. Darah menggelegak naik ke kepala akibat terangsang kerana meminum kopi. Vertigo, sakit kepala mengoyak-ngoyak, lega bila dibawa ke udara lapang, berdenyut-denyut di dalam otak, sakit daripada kawasan jambul hingga antara dua bulu kening; panas di dalam dahi, sakit di sebelah kiri dahi seolah-olah tulang dihancur remuk. Gatal-gatal pada kulit kepala bergilir dengan rasa panas; merah di hujung hidung, koriza keluar lancar.

Muka. Sakit kuat pada rahang atas, menjalar dari gigi menerusi tulang malar hingga ke bahagian pelipis. Perpeluhan di kawasan muka dan kepala.

Perut. Mengoyak-ngoyak, sakit menyucuk di kawasan epigastrik, serta muntah-muntah. Sakit krem di dalam perut dan epigastrium, serta sukar bernafas; rasa kelemasan. Rasa kelesuan secara tiba-tiba selepas makan.

Abdomen. Retraksi spasmodik. Sakit menusuk dan hipogastrium mengembung.

Respiratori.-- Pendek, pernafasan tidak teratur di sebelah malam, ketika berbaring. Rasa amat tertekan. Pernafasan jadi pendek-pendek apabila terdedah kepada udara sejuk.

Extremiti.Sakit mengoyak-ngoyak di dalam kangkang. Sakit reumatik di dalam sendi-sendi kecil, pergelangan tangan, (Ulmus) jari-jemari, kedua buku lali, jari-jari kaki. Sendi-sendinya membengkak akibat sedikit keletihan. Pergelangan tanga membengkak, merah, melarat dengan sebarang pergerakan. Lemah lumpuh di dalam kedua tangan. Rasa lumpuh di kedua anggota tangan. Sakit di dalam lutut. Rasa letih secara tiba-tiba selepas bercakap atau makan.

Hubungan.-- Bandingkan: Cimicif; Cauloph; Led.

Dos. Potensi ke tiga.

 

 

Projek Terjemahan buku Homoeopathic Materia Medica karya Dr. William Boericke.

Sebahagiannya mungkin dipetik semula daripada koleksi penawar materia medika yang diterjemah secara saringan sewaktu menyusun naskhah buku Penawar Homeopati Pilihan.
Buku Penawar Homeopati Pilihan telah berjaya diterbitkan pada tahun 2000.

Pesanan boleh dibuat terus kepada HBI - Tel: 013-9802991.

 

:: HOME ::

 

Copyright: HBI Health & Homoeopatbhy Centre 2013

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD