Promoting homeopathy all Malaysia Over 2013

Projek Mega HBI

Terjemahan Karya Dr. Willam Boericke, M.D.

Homoeopathic Materia Medica

(Terjemahan/Saringan)

Oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

B.A.,(EIU), MA (WMU), DIHom., HMD. (BIH)

 Laman ::Materia Medika ::  

Pengenalan

 
 

Sudah lebih dua dekad ramai kawan-kawan bertanya mengenai Materia Medika Dr. Boericke dalam Bahasa Melayu. Terakhir sekali ialah di dalam Mesyuarat Agung MPHM yang lalu.

Benar, buku ini telah diusahakan terjemah oleh ramai pengamal homeopati terdahulu. Kebanyakannya disesuaikan dengan kehendak sendiri, bahasanya mungkin bahasa lama, dicampuradukkan dengan bahan-bahan rujukan lain juga dan penawar itu pula dipilih-pilih mengikut kemahuan masing-masing.

Hal yang sama berlaku apabila saya membuat kompilasi dan menerbitkannya sebagai "Penawar Homeopati Pilihan", di mana hanya penawar terpilih daripada sumber herba atau tumbuh-tumbuhan sahaja yang dimasukkan, sesuai dengan artikel pertama buku tersebut, iaitu berkaitan sejarah perubatan herba dunia.

Kesimpulannya, tidak ada yang original maupun yang lengkap.

Pada tahun 2012, saya dimaklumkan (dengar-dengar) bahawa pihak Majlis atau Persatuan ada merancang usaha membuat terjemahan dengan percubaan mencari sekumpulan pengamal yang boleh membuat terjemahan. Itupun saya kurang pasti tentang perkembangannya

Namun, sebagaimana yang tuan/puan boleh lihat, kandungan Materia Medika ini ditulis oleh Dr. W. Boericke yang bukan sahaja seorang homeopath, malah seorang doktor perubatan Barat yang mahir tentang bahasa dan ilmu perubatan moden. Kami fahami kesukaran ini.

Tetapi jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Justeru, saya telah mengambil inisiatif secara berdikit-dikit untuk mengisi kekosongan dan keperluan ini dengan cara memuatnaikkan apa yang saya mampu lakukan demi martabat sistem perubatan homeopati di Malaysia.

Berapa lama usaha ini akan mengambil masa, saya sendiri tidak pasti.

Kendatipun, marilah kita kongsi bersama-sama bahan-bahan ini. Jika ada kekurangan dan kesilapan, mohon tunjuk dan ajarkan.

Sekian.

 

. Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

1 March 2013

 

 

Projek Terjemahan buku Homoeopathic Materia Medica karya Dr. William Boericke.

Sebahagiannya mungkin dipetik semula daripada koleksi penawar materia medika yang diterjemah secara saringan sewaktu menyusun naskhah buku Penawar Homeopati Pilihan.
Buku Penawar Homeopati Pilihan telah berjaya diterbitkan pada tahun 2000.

Pesanan boleh dibuat terus kepada HBI - Tel: 013-9802991.

 

:: HOME ::

 

Copyright: HBI Health & Homoeopatbhy Centre 2013

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD