MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY

HBI.gif (3177 bytes)

MHCL.gif (1458 bytes)

 

Terbaik daripada Konsultan HBI

MUQADDIMAH

MUKA DEPAN

Rawatan asas tertumpu kepada isu-isu yang berkaitan dengan kecemasan dan keperluan-keperluan yang segera. Justeru, buku ini hanya menekankan kepada beberapa penawar yang utama serta mengharapkan hafalan yang baik bagi penawar-penawar asas yang dipaparkan di dalamnya. Bagai-manapun isi kandungan buku ini telah di”upgrade” supaya memberi manfaat kepada semua peringkat pembaca. Selain itu, buku ini sengaja diperkecilkan saiznya bagi tujuan mudah dibawa ke mana-mana.

Mungkin selepas membaca buku ini, ada yang berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai perubatan homeopati. Jadi sebelum anda menyusuri lebih jauh, sukacita saya peringatkan bahawa tidak sedikit ahli perubatan yang lupa setelah mereka merasa pandai, sama ada mereka terlibat dalam perubatan moden atau alternatif. Seolah-olah sakit dan sihat itu berada dalam bidang kuasanya. Justeru:

Pertama: harus disematkan bahawa Allah adalah penyembuh bagi segala penyakit. Ini merupakan hakikat perubatan Islam. Penjelasan dalam al-Qur’an dipertuturkan oleh Nabi Ibrahim a.s. dengan katanya: “Apabila aku sakit, maka Ia (Allah) menyembuhku.” Ubat-ubat dapat me-nyembuhkan penyakit dan para doktor berjaya merawat pesakit hanya dengan izin Allah.”

[ms: 7]

Justeru, akhlak sebagai seorang tabib harus dijaga. Pesanan al-Razi mengenai hal ini boleh dijadikan panduan dalam amalan. Katanya, “Doktor hendak-lah menyerahkan kepada Allah dalam rawatannya dan ia hendaklah mengharapkan kepadaNya agar memberikan kesembuhan tanpa bergantung se-penuhnya kepada keupayaan dan kerjanya semata-mata, seandainya ia bertindak sebaliknya iaitu ia melihat kepada dirinya dan kekuatannya dalam profesion dan kemahirannya sahaja, maka mungkin Allah tidak menyembuhkan pesakitnya”.

Kesimpulannya, penyembuh sebenar adalah Allah subhanahu wa ta’ala, sedang tabib atau doktor itu hanya mengetahui dan berusaha untuk menolong ke arah kesembuhan itu.

Kedua: berasaskan kesimpulan di atas, wajarlah seseorang pesakit itu mengikut adab dan tertib dalam pengambilan penawar atau ubatan. Tabib juga harus membantu memperingatkan pesakit. Antaranya ialah supaya pesakit menyebut nama Allah subhanahu wa ta’ala ketika memakan ubat, berdoa, beramal, bersedekah dan menjauhi perkara-perkara yang haram ketika dalam rawatan. Secara rohani, faktor-faktor di atas boleh mem-pengaruhi penyembuhan penyakit.

Ketiga: sebagai perawat, bahkan sebagai pesakit juga, elakkanlah daripada mengguna benda-benda haram bagi tujuan menyembuhkan satu-satu penyakit, melainkan keadaan benar-benar memerlu-kan. Sabda RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam, “Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penyembuhan penyakit  dengan benda-benda yang diharamkan kepada kamu”.

Oleh itu, ssaya menyarankan agar kita semua mengikuti nasihat Dr. Yusuf al-Qardawi jika dirasa-kan terpaksa menggunakan benda-benda haram itu, iaitu: gunalah apabila jelas terdapat ancaman yang sebenar ke atas kesihatan, tiada ubat lain yang boleh mengganti ubat itu dan ianya dipreskripsi oleh seorang doktor Islam yang berwibawa dalam pengalaman dan pegangan agamanya.

Semoga nasihat ini menjadi panduan buat semua. Selamat membaca dan maju bersama homeopati.

Mohamed Hatta Abu Bakar, 2003.  Rawatan Asas Homeopati – Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre.

Semua bahan adalah hakcipta HBI Health & Homoeopathy Centre. Saranan dan komentar dialu-alukan: mailto:drhatta1@yahoo.com.