MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY

HBI.gif (3177 bytes)

MHCL.gif (1458 bytes)

 

Terbaik daripada Konsultan HBI

HOMEOPATI DALAM ERA KOMPUTER

MUKA DEPAN

 

Homeopati sebagai satu sistem perubatan yang berasaskan similia similibus  curentur bukanlah satu sistem perubatan yang statik. Ia berkembang selaras dengan kemajuan teknologi.  Sejak permulaan teknologi  komputer diperkenalkan dengan menggunakan kad indeks perakam, homeopati telahpun mengeksploitasinya.  Umpamanya pada tahun 1970an, homoeopath di German telah menggunakan satu  kaedah di mana setiap set kad yang meliputi beberapa  remedi  tertentu dilubangkan  dengan tujuan untuk mengenalpasti  barisan simptom-simptom dan modaliti.

            Dengan kelahiran komputer elektronik dan komputer peribadi pada  awal 1980an, masa depan homeopati seharusnya lebih cerah dan  dipan­dang  dengan  optimis.  Malangnya tidak sedikit para  homoeopath yang merasa takut kalau-kalau komputer akan menghilangkan  unsur-unsur personal atau holistik dalam praktik homeopati. Andainya hal tersebut berlaku, prinsip “individualisasi dalam rawatan” dan “konsultasi”  yang menjadi asas penting sistem homeopati akan lenyap.

            Richard Bolt mencatatkan, “Perhubungan manusia dengan komputer ialah dari segi ruang fizikal,  pancaindera dan intelek yang terbentang antara kita dan komputer. Seperti  juga tempat-tempat lain (yang asing), ruang ini boleh menjadi janggal, dingin dan tak diingini. Tetapi ia juga boleh  menjadi  tempat-tempat yang kita kenal dan cinta, yang mana  kita  rasa  biasa, selesa, hangat dan yang paling penting berperibadi (personal).”

            ………………

(mukadimah Bab 4) 

 

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.,  1999. Homeopati: Perubatan Alaf Baru.  Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre.

Semua bahan adalah hakcipta HBI Health & Homoeopathy Centre. Saranan dan komentar dialu-alukan: mailto:drhatta1@yahoo.com.