MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY

HBI.gif (3177 bytes)

MHCL.gif (1458 bytes)

 

Terbaik daripada Konsultan HBI

HOMEOPATI DAN PERUBATAN MODEN

MUKA DEPAN

 

TENTANG PELOPORNYA

Adalah wajar pada peringkat ini diperjelaskan bahawa bukan hanya Dr. Samuel Hahnemann yang mempunyai asas ilmu  pengetahuan dan perubatan yang kukuh. Para pengikut beliau dan  pelopor sistem perubatan homeopati yang lain turut terdiri  dari-pada doktor-doktor dan pakar perubatan yang berpelajaran tinggi.  Buku yang sekecil  ini tidak akan mencukupi untuk memuatkan cerita-cerita bagaimana doktor-doktor ini menjadi begitu terpikat kepada homeopati sehingga mereka turut dilamar ejekan, cemuhan,  kemiskinan dan malah mengambil risiko mengorbankan nyawa demi semangat cintanya  kepada  seni kesembuhan yang sebenar.  

         Mungkin satu atau dua kejadian dalam hidup mereka dapat mendedahkan kepada semua dengan sekali imbas sahaja mengenai sia-sianya  ilmu  terapeutik yang telah mereka pelajari di kolej-kolej sebelum ini apabila dibandingkan dengan kemampuan ajaib remedi-remedi homeopati dalam menyembuhkan penyakit-penyakit yang suatu waktu dulu membingungkan mereka sendiri. Walhal kesembuhan itu berlangsung dengan secara begitu lembut,  licin, cepat tetapi berkekalan.

         Daripada sekian ramai orang yang merintis jalan ke arah memperkemaskan sistem perubatan homeopati, Boeninghausen dikecualikan daripada senarai mereka yang mendapat pendidikan perubatan konvensional atau alopati. Namun demikian beliau mempunyai kemampuan dan keupayaan yang luar biasa sehingga King Wilhelm IV mengeluarkan perintah kabinet menganugerah-kannya kebenaran untuk mengamal sebagai seorang doktor. Itu-pun, keterlibatannya dalam homeopati adalah diasaskan oleh suatu peristiwa yang kukuh. Iaitu rasa terhutang budinya terhadap homeopati justeru beliau dapat bebas daripada penyakit T.B.   

            Constantine Hering yang menerima tanggungjawab dari-pada Dr. J.H.Robi untuk menulis tesis bagi tujuan memperkecilkan homeopati pernah berusaha dan melakukan penyiasatan terhadap sistem baru tersebut. Tetapi selepas saja mengkaji bahan-bahan tulisan mengenai homeopati untuk tujuan menulis tesisnya dan  apabila jarinya yang memburuk selepas melakukan satu autopsi telah berjaya diselamatkan daripada pemotongan (amputation) hanya  setelah mengambil satu remedi homeopati, beliau segera  beralih kepada sistem yang diasaskan oleh Dr. Hahnemann dan telah menjadi salah seorang pelopor  

(mukadimah Bab 3 

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.,  1999. Homeopati: Perubatan Alaf Baru.  Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre.

Semua bahan adalah hakcipta HBI Health & Homoeopathy Centre. Saranan dan komentar dialu-alukan: mailto:drhatta1@yahoo.com.