MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY

HBI.gif (3177 bytes)

MHCL.gif (1458 bytes)

 

Terbaik daripada Konsultan HBI

HOMEOPATI:  RINGKASAN

SEJARAH DAN FALSAFAH

MUKA DEPAN

 

Konsep dan undang-undang fundamental  homoeopati telah ber-mula sejak abad ke 5 sebelum Masehi, iaitu di zaman Hippocrates  yang merupakan seorang ahli perubatan Greek yang masyhur.  Hippocrates pernah berkata: “...Menerusi benda yang serupa  sesuatu penyakit  itu terjadi dan menerusi aplikasi yang serupa ianya disembuhkan.”

            Sungguhpun begitu, orang yang bertanggungjawab men-canang dan membangunkan konsep di atas kepada satu sistem  perubatan yang saintifik dan sistematik ialah seorang ahli  perubatan German  yang lahir di Meissen pada tahun 1755.  Beliau  ialah Dr. Samuel Hahnemann, iaitu seorang yang mahir dalam pelbagai bahasa, ilmu kimia dan ilmu perubatan konvensional.

            Malangnya beliau tidak berpuas hati dengan amalan  perubatan  di zamannya yang mementingkan pembuangan penyakit  dan pembedahan yang terpaksa melalui proses  yang  menderitakan pesakit. Tambahan lagi, ubat-ubat berbahaya  begitu  mudah sekali diberikan kepada pesakit-pesakit yang sukar disembuhkan. Dalam  ungkapan Dr. Hahnemann sendiri, kenyataan ini menunjukkan  “lebih ramai manusia mati akibat rawatannya berbanding kerana penyakitnya”.

            Beliau lantas meninggalkan amalan perubatan ortodoks yang dipelajarinya dan beralih kepada kegiatan menterjemah buku-buku untuk menyara hidup keluarganya. Usaha penterjemahan  beliau  meliputi terjemahan buku-buku daripada bahasa Perancis,  Inggeris dan Greek ke bahasa German. Sambil menterjemah buku-buku tersebut ke bahasa ibundanya, beliau tidak lupa memberi pandangan peribadi beliau.

 

PENEMUAN SISTEM PERUBATAN

            Sewaktu sedang menterjemah buku “A Treaties on  Materia Medica” yang ditulis oleh Dr. William Cullen daripada  bahasa Inggeris ke bahasa German, tiba-tiba beliau telah diilham- kan dengan penemuan remedi herba untuk penyakit malaria.   Beliau terus mencuba beberapa dos remedi herba Cinchona untuk melihat kesannya. Jelas kepadanya Cinchona mampu menghasil-kan simptom-simptom penyakit malaria seperti sakit kepala, me-ngantuk dan demam menggeletar.

            Berikutan kejadian itu, beliau menyimpulkan bahawa se-benarnya  simptom-simptom menunjukkan  cara  tubuh melawan penyakit, dan penawar-penawar yang boleh menghasilkan simptom-simptom yang serupa sebagaimana simptom-simptom penyakit  akan  membantu  ke arah  kesembuhan. …… 

(mukadimah Bab 2) 

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.,  1999. Homeopati: Perubatan Alaf Baru.  Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre.

Semua bahan adalah hakcipta HBI Health & Homoeopathy Centre. Saranan dan komentar dialu-alukan: mailto:drhatta1@yahoo.com.