MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY

HBI.gif (3177 bytes)

MHCL.gif (1458 bytes)

 

Terbaik daripada Konsultan HBI

HOMEOPATI, SISTEM TUBUH DAN IRIDOLOGI

MUKA DEPAN

 

Sebagaimana yang kita tahu, homeopati merawat berdasarkan simptom-simptom pesakit secara keseluruhan. Apabila dirawat secara demikian, homeopati mungkin terkedepan dari segi kemampuan memberikan rawatan. Ini adalah kerana ber-kemungkinan pesakit yang belum menzahirkan penyakitnya secara fizikal atau belum dapat disahkan oleh mana-mana doktor atau peralatan sofistikated mengenai jenis penyakitnya sudah berupaya dirawat oleh homeopati.

Dari satu aspek perubatan, simptom-simptom penyakit si pesakit yang berlaku adakalanya menunjukkan terdapat masalah pada sistem tubuh. Apabila dapat dikenalpasti masalah pada sistem tubuh, homeopati juga boleh menyarankan satu kaedah rawatan yang sangat hampir dengan sistem yang pada asalnya berpandukan manifestasi keseluruhan simptom. Rawatan tersebut adalah dengan menggunakan penawar yang disesuaikan dengan masalah sistem tubuh atau organ yang terlibat.

Penawar-penawar yang dimaksudkan boleh didapati daripada penawar yang dikenali oleh ahli homeopati sebagai remedi homeopati yang spesifik atau penawar-penawar yang tersenarai di dalam perubatan terapi organ (organotherapy). Kumpulan penawar-penawar ini biasanya dikenali sebagai remedi organ. Tanpa mengenalinya sebagai remedi organpun, sudah ramai ahli homeopati yang prihatin terhadap sekumpulan penawar homeopati yang berkesan dan berperanan dalam terapi yang dikenali sebagai drainage therapy. Di mana menerusi kaedah ini, sesuai dengan tujuan homeopati untuk membantu tubuh menerusi pemulihan kuasa hayat, penawar berkenaan juga boleh berfungsi sebagai penyalir kepada sistem tubuh di samping mengaktifkan semula organ-organ yang berkaitan.

Sebagai contoh, penawar yang sesuai dipreskripsi bagi masalah sistem pencernaan adalah merangkumi penawar Condurango, Ornithogalum, Nux vomica,

 

(mukadimah Bab 6)

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.,  1999. Homeopati: Perubatan Alaf Baru.  Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre.

Semua bahan adalah hakcipta HBI Health & Homoeopathy Centre. Saranan dan komentar dialu-alukan: mailto:drhatta1@yahoo.com.