MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY

HBI.gif (3177 bytes)

MHCL.gif (1458 bytes)

 

Terbaik daripada Konsultan HBI

SIMPTOM DAN DIAGNOSIS

MUKA DEPAN

 

Makna penyakit di dalam ilmu perubatan moden bermaksud sebarang perubahan terhadap keadaan kesihatan seseorang di mana sebahagian atau seluruh tubuh tidak dapat berfungsi seperti biasa. Dalam suasana tersebut pesakit akan mengalami simptom-simptom tertentu, yang mana di segi istilah ia merujuk kepada sebarang perubahan subjektif di dalam fungsi-fungsi tubuh yang tidak tampak kepada doktor seperti rasa sakit dan loya. Pesakit itu juga dikatakan akan menunjukkan tanda-tanda, yakni perubahan objektif yang boleh dicerap dan diukur. Contohnya ialah demam, ruam-ruam, lesi dan bengkak.

Dalam amalan perubatan juga, diagnosis dianggap sebagai suatu seni yang membezakan antara satu penyakit dengan penyakit yang lain. Atau suatu seni dalam menentukan keadaan semulajadi penyakit. Biasanya hal ini dapat dilakukan setelah sejarah perubatan pesakit dan pemeriksaan fizikal dibuat. Seandainya keputusan tidak dapat disahkan, penyiasatan lanjut akan dibuat bagi membantu mengesahkannya.

Di dalam homeopati, sebelum  seseorang boleh menguasai ilmu dan seni pemberian penawar homoeopati (the art of homoeopathic prescribing), dia mesti terlebih dahulu menerima kata-kata (dictum) Dr. Hahnemann bahawa semua  sakit demam boleh dikenalpasti menerusi tanda-tanda (signs) dan simptom-simptom yang ia hasilkan, samada hal itu dilaporkan oleh pesakit atau diperhatikan oleh doktor. Dengan perkataan lain, ini menunjukkan bahawa keadaan penyakit (disease state) boleh dikenalpasti bukannya menerusi pemberian label, yang diistilahkan oleh ilmu perubatan moden sebagai diagnosis,  tetapi hanya menerusi tanda-tanda dan simptom-simptom yang ia timbulkan.

Hal ini berlaku justeru Dr. Hahnemann telah mencampakbuang teori konvensional perubatan dan membataskan dirinya kepada pemerhatian fakta-fakta yang pasti dan tetap. Di mana sesuatu yang tetap itu sudah pasti berada di atas fitrah. Undang-undang the law of similars atau masyhur dengan ungkapan similia similibus curentur telah disebut berulang kali sebelumnya. Tetapi ia jugalah yang sentiasa tetap dan mengawal rawatan yang diberikan oleh setiap doktor atau pengamal homoeopati. Malahan, undang-undang yang berasaskan nature ini menjadi tonggak bagi amalan praktikal. Dan sememangnya peraturan praktis ini telah berjaya dibuktikan berkali-kali selama seratus lima puluh tahun sejak homeopati diperkenalkan

           

(mukadimah Bab 5) 

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.,  1999. Homeopati: Perubatan Alaf Baru.  Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre.

Semua bahan adalah hakcipta HBI Health & Homoeopathy Centre. Saranan dan komentar dialu-alukan: mailto:drhatta1@yahoo.com.