MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY

HBI.gif (3177 bytes)

MHCL.gif (1458 bytes)

 

Terbaik daripada Konsultan HBI

GARAM TISU BIOKIMIA

MUKA DEPAN

 

PENGENALAN

 Salah satu keperluan asas bagi kehidupan dan kesihatan insan ialah pemakanan yang bukan saja mesti mencukupi tetapi juga seimbang. Kesihatan seseorang itu boleh terganggu apabila saja berlaku malnutrisi, kekurangan atau berlebihan makanan. Demikian juga dalam amalan perubatan biokimia, di mana mereka menganggap bahawa keseimbangan  garam galian asli yang terdapat di dalam tubuh badan manusia amat penting bagi kesihatan.  Lantas, ahli biokimia  percaya sekiranya kesihatan seseorang itu terganggu maka garam tisu biokimia boleh membantu mengimbang dan mengembalikan keseimbangan.

            Justeru itu, benar juga apabila ada pandangan merumuskan bahawa perhatian yang sewajarnya harus diberikan kepada  komponen-komponen  penting pelbagai tisu dan kepada keperluan nutrisi sistem, terutamanya apabila pemakanan moden kerap mengalami kekurangan dalam elemen-elemen galian tertentu seperti vitamin, mineral dan  seumpamanya.

Di dalam bab ini, kita berikan tumpuan khusus kepada pembicaraan yang berkaitan dengan garam tisu dan homoeopati.

 SEJARAH PENEMUAN

            Pentingnya garam tisu telah dikenalpasti seawal tahun 1832, tetapi  hanya pada tahun 1873 terapi garam  tisu (tissue salts therapy) diperkenal dan digunakan.  Orang yang bertanggung jawab  membangun  dan memberi  istilah  biochemics” dan “tissue salts”  ialah  Dr. Wilhelm H. Schuessler (1821-1898), iaitu seorang doktor homoeopati  di  Oldenburg, German.  Beliau  menyatakan  kedua belas  garam tisu sangat penting kepada kesihatan dan  lantas menerangkan peranan-peranan yang dimainkan oleh setiap  garam tisu itu di dalam tubuh.  Beliau juga menyenaraikan penyakit-penyakit yang menurutnya boleh disembuhkan dengan cara  menggunakan garam tisu sebagai ubat dalam bentuk tablet.

            Schuessler menyimpulkan bahawa sekiranya satu-satu organisme  menerima bekalan garam tisu asas (the body  builders)  secukupnya, maka sukarlah atau tidak mungkin penyakit menghidapi individu itu. Beliau beranggapan bahawa penawar-penawar homoeopati yang begitu banyak sebenarnya tidak perlu.  Lantas beliau meletakkan dasar teorinya  berlandaskan ide bahawa kesemua bahan-bahan yang perlu untuk  mengembalikan organisme yang sakit kepada sihat biasanya boleh didapati  di dalam sistem itu sendiri.

(mukadimah dan petikan  Bab 6)

Mohamed Hatta Abu Bakar, 1997.  Perubatan Homoeopati – Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre.

Semua bahan adalah hakcipta HBI Health & Homoeopathy Centre. Saranan dan komentar dialu-alukan: mailto:drhatta1@yahoo.com.