MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY

HBI.gif (3177 bytes)

MHCL.gif (1458 bytes)

 

Terbaik daripada Konsultan HBI

RAWATAN ‘FIRST AID’ HOMOEOPATI

MUKA DEPAN

 

PENGENALAN

 First  aid homoeopati mempunyai konsep dan sasaran  yang hampir sama tetapi sedikit berbeza dengan first aid yang umum difahami.  Ini adalah kerana selain daripada berfungsi  sebagai  rawatan  awalan di dalam keadaan kecemasan, ia juga bertujuan untuk  memberi  kesembuhan yang  segera  dalam kes-kes tertentu di  mana  semboyan  yang dipaparkan itu bertepatan.

            Orang  yang  mengamal first  aid  homoeopati  seharusnya mempunyai kelebihan berbanding dengan seorang penolong cemas.  Bagaimanapun ini hanya benar sekiranya ia mempunyai kedua-dua kemahiran, iaitu kemahiran seperti yang biasa terdapat  dalam kursus  pertolongan cemas yang dikendalikan  oleh  pertubuhan sukarela  seperti St. John Ambulance (dan Bulan Sabit Merah) dan  kemahiran menggunakan penawar-penawar homoeopati yang mampu….. ……………. 

KECEDERAAN KULIT

            Kita  telah  maklum bahawa  antara  fungsi-fungsi  kulit ialah  ia  melindungi tubuh badan daripada  pelbagai  ancaman seperti  ancaman kuman,  perubahan  suhu   dan   keadaan basah @ kering. Selain itu, kulit juga menjadi benteng  bagi mempertahan- kan  kehilangan  cecair dari  badan  supaya  tidak kekeringan.

            Kecederaan  kulit  boleh  dibahagikan  kepada beberapa bahagian yang memerlukan similimum penawar yang berbeza.  Bahagian-bahagian itu ialah:

a.   Luka terhiris

b.   Luka laserasi

c.   Luka melelas

d.   Luka ditikam @ ditusuk

e.   Kecederaan lebam

 Luka Terhiris

            Luka  terhiris di sini ialah luka yang  disebabkan  oleh alat  tajam seperti pisau.  Dalam membuat kerja-kerja rumah, kecenderungan  untuk  mendapat luka jenis  ini  mudah sekali berlaku.  Semasa menghiris bawang, memotong daging dan  seumpamanya,  secara tak sengaja kita mungkin terkena mata  pisau atau parang atau sebarang benda tajam.

            Apabila  kulit kita terhiris, pendarahan  akan  berlaku.  Biasanya, banyak sedikitnya pendarahan bergantung atas dalam tidaknya luka berkenaan dan samada pembuluh darah terlibat.

Rawatan Homoeopati:

            Bagi  luka  terhiris  oleh benda  tajam  seperti  pisau, terdapat  dua  jenis  penawar  yang  biasa  digunakan,  iaitu Calendula  dan Hypericum. Tetapi terlebih dahulu, hendaklah dibasuh tempat luka tersebut dengan air bersih.   Kemudian baru  ditampal  dengan kapas yang  mengandungi  penawar  yang sesuai untuk dibalut ditempat yang luka.……… 

(mukadimah dan petikan  Bab 4)

Mohamed Hatta Abu Bakar, 1997.  Perubatan Homoeopati – Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre.

Semua bahan adalah hakcipta HBI Health & Homoeopathy Centre. Saranan dan komentar dialu-alukan: mailto:drhatta1@yahoo.com.